eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
AMPANG 7 Mei - Cadangan peniaga untuk menambah baik tapak gerai makan di Taman Bukit Teratai di sini berdepan masalah apabila ia dibantah penduduk.
Bantahan tersebut dibuat kerana penduduk bimbang mereka akan kekurangan tapak untuk meletakkan kenderaan.
Menurut mereka, tapak parkir sedia ada pun tidak mencukupi berikutan pertambahan bilangan penduduk di kawasan perumahan yang dibuka sejak tahun 1994 itu.
Yap Swee Keng, 45, berkata, sebenarnya masalah kekurangan tempat letak kenderaan telah menjadi masalah utama penduduk di sini sejak sekian lama.
"Ia cukup menyukarkan apabila kami terpaksa meletakkan kenderaan jauh daripada kawasan rumah.
"Ini menyebabkan saya mengambil keputusan menyewa rumah lain bagi memudahkan saya meletakkan kenderaan.
"Ia sedikit sebanyak dapat menjamin keselamatan kami daripada pelbagai perkara yang tidak baik seperti kejadian jenayah termasuk pecah kereta," katanya ketika ditemui sewaktu penduduk membuat bantahan baru-baru ini.
Utusan Malaysia difahamkan kawasan medan selera tersebut pada awalnya adalah tapak letak kenderaan bagi penduduk taman berkenaan.
Namun begitu, sejak sepuluh tahun lalu, tapak tersebut dijadikan tapak niaga di mana sebanyak 29 buah gerai makan didirikan.
Namun, kawasan itu masih boleh memuatkan sehingga 40 kenderaan dalam satu-satu masa.
Kemudian, penduduk mendapati pemilik gerai telah merobohkan gerai makan sedia ada untuk membina gerai yang lebih kukuh, menyebabkan mereka bimbang tidak boleh meletakkan kenderaan lagi di situ.
Seorang lagi penduduk, Liew Yoo Foon, 49, berkata, tapak yang dipertikaikan tersebut pada awalnya adalah tapak parkir.
"Saya membeli rumah di sini kerana sebelum ini terdapat kemudahan meletak kenderaan. Pada pelan asal, tapak tersebut memang tapak meletakkan kenderaan bagi penduduk di sini.
"Malangnya penduduk di sini tidak tahu menahu langsung mengenai sebarang perubahan ke atas tapak tersebut termasuklah mengenai penaiktarafan tapak gerai berkenaan," katanya.
Tambahnya, mereka kesal kerana Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memberikan kebenaran kepada peniaga untuk menaik taraf sendiri gerai tanpa berbincang dengan penduduk.
"MPAJ perlu mendengar pendapat penduduk terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan untuk memajukan tapak tersebut.
"Ini kerana penduduk di sini yang akan menerima kesannya dan bukannya MPAJ atau pihak lain.
"Bayangkan ketika ini, medan selera tersebut dikunjungi ramai orang termasuk dari luar," katanya.
Jelasnya, pelanggan gerai itu telah meletakkan kenderaan di kawasan meletak kenderaan penduduk manakala penghuni pula terpaksa meletakkan kenderaan jauh sebelum memindahkannya semula ke kawasan rumah pada tengah malam, hampir setiap hari.
"Bayangkan pada masa hadapan, tidak mustahil semakin ramai pengunjung, dan ia pasti akan memburukkan lagi keadaan penduduk di sini," ujar seorang lagi penduduk, Sam Hai Peng, 52.
Dalam pada itu, pembantu Ahli Parlimen Pandan, Cindy S.K. Leong berkata, sebanyak 400 tandatangan penduduk Taman Bukit Teratai telah dikumpulkan untuk menyatakan bantahan terhadap projek menaik taraf kawasan gerai berkenaan.
"Tandatangan ini akan saya serahkan kepada MPAJ dan Kerajaan Pusat untuk dipertimbangkan.
"Dakwaan ADUN (Ahli Dewan Unda ngan Negeri) Teratai, Janice Lee mengenai tandatangan ini palsu adalah tidak benar kerana setiap tandatangan mempunyai nombor telefon untuk dihubungi.
"Mereka boleh menghubungi semua nombor telefon bagi mengesahkan sama ada ia ditandatangani oleh penduduk di sini atau tidak," katanya.
Selain itu, Cindy turut meminta kerajaan negeri dan MPAJ mengadakan dialog bersama penduduk dan keputusannya seharusnya memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
"Penduduk tidak memaksa penjaja dikeluarkan dari tapak berkenaan, tetapi lebih kepada perkongsian.
"Mungkin kawasan itu boleh dibina bangunan bertingkat. Tingkat bawah boleh diberikan kepada penjaja dan tingkat yang lain dijadikan kawasan meletak kenderaan," katanya.