BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir Kilat: 17 Mangsa Dipindahkan Ke Sebuah PPS Di Gua Musang

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,708
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,708
Reaction score
97
Points
80
711363b1176e65e5c5124bdae45f232667a60bdeef7f3


Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini malam tadi, bagi menempatkan mangsa banjir kilat susulan hujan lebat berterusan lebih tiga jam sejak petang semalam.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), memaklumkan sebanyak 17 mangsa daripada 11 keluarga di Felda Chiku 5 telah dipindahkan ke PPS berkenaan selepas rumah mereka dinaiki air.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata hujan lebat bermula kira-kira 7 malam itu, turut menyebabkan beberapa kawasan perumahan serta jalan utama dinaiki air secara mendadak.

Beliau berkata hujan berterusan menyebabkan Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang serta Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Persimpangan Lampu Isyarat Bendahara, dilimpahi air.

“Selain itu, lima kawasan perumahan turut terjejas iaitu di Kesedar Paloh 1, Paloh 3, Chalil, Felda Chiku 3 dan Felda Chiku 5,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata limpahan air itu dipercayai berpunca daripada sistem saliran yang tidak mampu menampung jumlah air hujan yang tinggi dalam tempoh singkat.

Setakat pagi ini, hujan telah berhenti dan keadaan dilaporkan semakin baik.

 
Back
Top
Log in Register