BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir: Keadaan Terkawal, Pemantauan Diteruskan - JBPM Kelantan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,195
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,195
Reaction score
346
Points
141
a205d222132c056c49b747f5900e82886922c6cb99f04

dde0e0676003ca257a51106b9de758ae6922c6da270bf

c23403e4f9221bfc2676f83ad641fd8e6922c70531b6c


Keadaan banjir di Kelantan dilaporkan masih terkawal walaupun jumlah mangsa semakin meningkat dari semasa ke semasa, kata Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Aswafaizole Abdul Wahab.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak 5,394 mangsa banjir kini berlindung di 26 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 3.21 petang ini.

Aswafaizole berkata pihaknya tetap berwaspada dan akan mempergiat pemantauan serta operasi menyelamat di lokasi berisiko.

“Sejak Bilik Gerakan Operasi Negeri dibuka pada 8 malam tadi, pasukan bomba telah menyelamatkan 78 mangsa dalam tempoh 12 jam berikutan kenaikan paras air di beberapa daerah.

"Kesemua mangsa diselamatkan selepas paras air di kediaman mereka meningkat dan pasukan bomba yang menerima panggilan kecemasan akan segera ke lokasi bagi operasi menyelamat,” katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan Operasi Negeri di JBPM Tunjong di sini hari ini.

Aswafaizole menasihati orang ramai supaya mendapatkan maklumat keadaan cuaca dan paras air di kawasan penempatan masing-masing menerusi laman sosial jabatan kerajaan serta mematuhi arahan berpindah.

Beliau berkata Bilik Gerakan Operasi Negeri yang diaktifkan malam tadi kini dikendalikan oleh lebih lima anggota di bawah seliaan seorang pegawai kanan.

"Pasukan ini bertugas memantau perkembangan cuaca, menyelaras pergerakan aset dan pasukan tindak balas serta mengendalikan panggilan kecemasan di seluruh negeri," katanya.

 
Back
Top
Log in Register