ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Pembangunan di Koridor Guthrie mempunyai dua fasa.
PELANCARAN projek perumahan milik Sime Darby Property Bhd City of Elmina di Koridor Guthrie telah menyaksikan sambutan menggalakkan apabila 182 unit habis dijual dalam tempoh sehari selepas pelancarannya.
Pembangunan yang mempunyai dua fasa itu, Garinia (129 unit) dan Cressida (53 unit) dibina dengan nilai pembangunan kasar RM150 juta.
Pengarah Urusannya, Datuk Seri Abd Wahab Maskan berkata, landskap pasaran hartanah adalah semakin mencabar, bagaimanapun, pihaknya yakin asas-asas ekonomi yang mantap di Malaysia dan pasaran domestik yang kukuh membuktikan bahawa peluang masih banyak terdapat projek-projek berkualiti.
Sime Darby turut menerima sambutan sama yang menggalakkan apabila siri sulung City Of Elmina, Ariza, Keana dan Regia, ditawarkan pada Mei 2013 juga telah dibeli sepenuhnya apabila diperkenalkan.