BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PKNS Lancar Linkar 52, Sasar Keluarga Muda Miliki Kediaman Moden Di Bandar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
336fab95f07a7c71ce160464a031d3e768318509745fc

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Datuk Mahmud Abbas (kiri) melawat rumah contoh pada Majlis Pelancaran Linkar 52 di Galeria SA Central Seksyen 14 hari ini.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sentiasa memikirkan mekanisme baharu dalam usaha membuka peluang kepada komuniti setempat memiliki kediaman sendiri pada harga berpatutan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS Datuk Mahmud Abbas berkata hal ini kerana menyediakan kediaman pada harga mampu milik menjadi cabaran utama dalam industri hartanah, khususnya membabitkan kawasan bandar.

Beliau berkata antara mekanisme baharu yang dilakukan PKNS ialah memperkenalkan projek pembangunan berorientasikan transit (TOD) dengan menyasarkan individu atau pasangan yang menggemari gaya hidup minimalis sebagai pasaran sasaran.

"Sejajar dengan tekad kerajaan negeri untuk memberikan peluang kepada komuniti setempat memiliki kediaman sendiri pada harga berpatutan, PKNS memperkenalkan Linkar 52, iaitu projek TOD pertama PKNS terdiri daripada dua menara setinggi 33 tingkat dengan jumlah keseluruhan 615 unit kediaman.

"Dengan keluasan binaan antara 450 hingga 850 kaki persegi, saiz unit yang lebih kecil ini juga berpotensi menjimatkan kos penyelenggaraan serta utiliti sesuai untuk individu dan pasangan yang menggemari gaya hidup minimalis," katanya pada sidang media selepas melancarkan Projek Linkar 52 di Galeria SA Sentral, di sini hari ini.

Mahmud berkata Linkar 52 yang dibangunkan sebagai komponen utama di bawah projek SA Sentral dan dilengkapi 19 unit lot perniagaan runcit, lengkap dengan empat lif bagi setiap menara itu ditawarkan dengan harga bermula pada RM351,000 seunit.

Beliau berkata Linkar 52 terletak di lokasi strategik menggabungkan semua aspek hab komersial moden yang menyasarkan golongan keluarga muda, bujang dan sesuai dijadikan sebagai aset pelaburan pada masa hadapan yang menjanjikan pulangan baik.

“Kami perlu bawakan nilai (dalam projek kali ini), jadi nilai yang boleh kami tawarkan kepada pelanggan, satu daripadanya ialah reka bentuk.

"Selain itu, Linkar 52 juga berada dalam radius dua atau satu kilometer dari hospital, tidak jauh dari sini juga kita ada universiti, tasik, masjid begitu juga dengan kedai makan … ia antara elemen yang menarik minat pembeli,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register