BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banapi murah daripada diesel

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
PADANG BESAR - Alliance Eco Energy (PS) Sdn. Bhd. (Alliance Eco), syarikat tempatan yang terlibat dalam pemprosesan produk berasaskan bahan kimia, telah berjaya menghasilkan sejenis bahan bakar alternatif yang dapat menggantikan diesel bagi kegunaan pelbagai sektor industri.

Teknologi yang diimport dari Korea itu menghasilkan bahan api daripadahasil kajian yang menggabungkan 45 peratus air dalam tanah, air hujan, air paip dan air sungai manakala baki 55 peratus lagi komponennya terdiri daripada 16 jenis bahan kimia.

Pengarah Urusan Alliance Eco, Teah Yeow Beng berkata, pihaknya akan mengkomersialkan bahan bakar tersebut dengan menggunakan jenama Banapi pada harga jualannya yang dijangka lebih rendah daripada diesel.

"Kami bercadang untuk Banapi pada harga RM1.40 seliter namun kami akan putuskannya kelak termasuk juga tarikh pengenalannya di pasaran tempatan," katanya.
 
air?

cam ne boleh terbakar tu

boleh bro. air adalah h2o, so buang oksigen,jadikan ia hyrogen tapi mudah meruap..mungkin diorang campur bahan kimia lain untuk menstabilkannya
 
zasss.. dah ada :D
 
tokey dia kawan baik aku,,,aku pun tumpang bangga.............
 
Back
Top
Log in Register