BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BAM tak adil

ketua pemuda umno

Banned
Messages
404
Joined
Dec 10, 2013
Messages
404
Reaction score
4
Points
15
Tak dipilih


Misbun Ramdan ranking 54 dunia

Ariff Latif ranking 56 dunia

Zulfadli Zulkiffli ranking 61 dunia


Dipilih

Goh Soon Huat ranking 105 dunia

Liew Daren ranking 66 dunia



LEI CHONG WEI PILIH MISBUN

KUALA LUMPUR - Perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei menganggap Misbun Ramdan Misbun wajar diletakkan sebagai pemain pilihan keempat dalam skuad Piala Thomas negara berdasarkan prestasinya yang konsisten dan ranking dunia sekarang.

Juara Seluruh England 2014 itu berkata, anak bekas sifunya itu turut memerlukan pendedahan antarabangsa seperti Piala Thomas di New Delhi pada Mei ini sebagai bekalan masa depannya serta masa depan sukan badminton negara.

"Bagi perseorangan keempat, saya tengok keputusan Misbun Ramdan lebih konsisten dan kita kena ikut ranking dunia sekarang, tidak kisah dia sekarang profesional (luar BAM). Dia pun antara termuda dalam senarai. Mungkin dalam dua tahun lagi dia akan gunakan pengalaman itu (Piala Thomas)," katanya.

Chong Wei ditemui pada majlis penyampaian insentif kemena*ngan Seluruh England dan Terbuka Malaysia 2014 serta Master Akhir Siri Super Dunia 2013 yang berjumlah RM80,000 di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Turut menerima insentif daripada penaja itu yang masing-masing berjumlah RM25,000 ialah Lim Khim Wah-Goh V Shem (juara beregu lelaki Terbuka Malaysia 2014) dan Woon Khe Wei-Vivian Hoo (juara beregu wanita Sukan SEA Myanmar 2013), RM28,000.

Chong Wei menambah, sebagai pemain paling senior dalam skuad Piala Thomas, dia akan sentiasa bekerja keras menghadapi dan memburu mata sulung dalam kejohanan berpasukan berprestij dunia itu.

"Saya tidak tahu keputusan BAM tetapi saya akan kerja keras untuk bersedia ke Piala Thomas. Mungkin tahun ini kita juga ada Chong Wei Feng, Liew Darren, Misbun Ramdan dan dua beregu yang stabil.

"Yang penting juga ialah semangat sepasukan dan harap kita boleh terus ke separuh akhir. Saya percaya kita boleh saingi China yang beregunya mungkin tidak cukup kuat berbanding perseorangan dengan Lin Dan, Chen Long dan Du Pengyu," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Rashid Sidek disahkan menyandang semula jawatan ketua jurulatih perseorangan negara setelah abangnya, Datuk Misbun Sidek menolak tawaran sebagai Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) atas alasan peribadi.

Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkata, Jawatankuasa Eksekutif (exco) persatuan yang bermesyuarat lebih tiga jam semalam, menerima keputusan dan memahami isu yang di*hadapi Misbun dalam surat jawapannya kepada mereka.

"Pelan B selepas penolakannya ialah kita mewujudkan ketua jurulatih perseorangan dan ketua jurulatih beregu negara yang baharu. Kedua-duanya akan melapor kepada Jawatankuasa Pemandu BAM," katanya.

"Walaupun saya memahami hakikat BAM memerlukan khidmat saya untuk meningkatkan tahap badminton negara, saya dengan sedih menolaknya kerana ada masalah peribadi," antara kata Misbun yang dipetik dalam suratnya kepada BAM.

Mengenai sesi ujian pemilihan ke Piala Thomas yang hanya dihadiri tiga pemain perseorangan kelmarin, Tengku Mahaleel menyangkal dakwaan bahawa badan induk itu tidak telus dalam menjalankan perlawanan ujian pemilihan perseorangan bagi skuad Piala Thomas kelmarin.

"Ariff Latif bermain perlawanan pertama ujian dengan Goh Soon Huat dan dia kalah 14-21, 21-23. Dia (Ariff) di ranking 56 dan Soon Huat 105. Dia pun tidak beri sebab (enggan menentang Zulfadli Zulkiffli Seang - hari ini). Jika dia tidak mahu datang, terserah," tegasnya.

Dua lagi perseorangan muda luar BAM yang bersetuju untuk bermain perlawanan ujian itu ialah Misbun Ramdan dan Zulfadli Zulkiffli pada hari ini.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140321/su_03/Chong-Wei-pilih-Misbun-Ramdan#ixzz32k4DnbBJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
siasat BAM ni...

sengal ubi...
 
Dah bam tak percayakan melayu main.. Nak wat camner.. Melayu mudah lupa jugak..
 
hahaha dah kalah tiba tiba pulak keluar artikel ni ya :eek::eek: dasar racist
 
Patut aa bg melayu sorang dlm skuad.
 
Back
Top
Log in Register