BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bakar teman lelaki

elmyda

Super Active Member
Messages
9,552
Joined
Jan 5, 2007
Messages
9,552
Reaction score
158
Points
73
Oleh Ibrahim Isa
[email protected]


JOHOR BAHRU: Cemburu yang melampau mendorong seorang wanita menyimbah cecair disyaki petrol ke arah teman lelakinya yang berada dalam bilik air.

Dia kemudian menyalakan api untuk membakar kekasihnya itu hingga melecur 95 peratus anggota badan dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi kelmarin di rumah sewa mereka di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), di sini.

Wanita berkenaan melarikan diri selepas melihat teman lelakinya dijilat api.

Mangsa yang meraung kesakitan segera dibantu teman serumah lain sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, untuk rawatan kecemasan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Mohd Akhir Is hak, berkata mangsa, G Ganipathy, 32, berada dalam bilik air sebelum disiram cecair disyaki petrol oleh teman wanitanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati teman wanita berusia 45 tahun itu tinggal sebilik dengan mangsa.

“Mangsa yang menjerit kesakitan akibat terbakar terus berlari keluar dari bilik air sebelum dibantu rakan serumah dan dihantar ke HSA.

“Bagaimanapun, mangsa yang melecur hampir 95 peratus anggota badannya meninggal dunia jam 10.15 malam kelmarin berikutan kecederaan parah," katanya.
 
Gila babas betul...
 
sekarang nie macam2
leps nie ape plk yer
pangang plk kot..
 
Orang India kena bakar?
Mesti besar gila kesilapan dia nie..
Masakan GF sanggup bakar..
Ker GF dia memang sakit jiwa...
 
abis la ebosss ang tak bleh cari makan lagi daa..

pasai ade wujud wartawan sensasi hahaha

tu ler pasal..kena pi carik kerja lain lak...~X(~X(~X(
 
fuh, berani tui...
huhhhuuh ebooss
aku tak paham ler ngan blog ang tuh.. eheheehe
 
sian pulak ku dengar.....
tp mungkin llaki tue curang kot ugut nak tgglkan dia....
 
Back
Top
Log in Register