eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
PETALING JAYA: Tidak ubah seperti aksi kumpulan penjenayah Geng Mamak apabila sekumpulan penjenayah tampil menyamar dengan bertopi dan berpakaian persis anggota polis dikesan cuba merompak seorang pelanggan bank.
Kumpulan tiga penjenayah menaiki kereta mewah berkenaan menyerang mangsa selepas menahan mangsa yang terpinga-pinga selepas mendapati suspek memakai topi dan baju tampak seperti anggota polis.
Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 4 petang kelmarin, seorang lelaki berusia 30-an menaiki motosikal dari kediamannya di Damansara Perdana ke sebuah bank berhampiran untuk mengeluarkan wang melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
Menurutnya, mangsa yang sampai ke hadapan bank bagaimanapun mula curiga selepas menyedari diekori tiga lelaki menaiki sebuah kenderaan mewah.
“Menyedari tindak-tanduk diamati menyebabkan mangsa membatalkan hasrat mengeluarkan wang sebelum pulang ke rumah.
“Bagaimanapun suspek yang menaiki kenderaan Toyota Harrier bertindak menahan mangsa sebelum keluar dari kenderaan dan menangkap mangsa,” katanya,
Menurutnya, suspek yang berpakaian jaket keselamatan selain topi persis polis menyebabkan mangsa menyangka kumpulan lelaki berkenaan anggota polis.
“Kumpulan lelaki terbabit menarik mangsa ke dalam Toyota Harrier berkenaan sebelum memukulnya menyebabkan mangsa terkejut.
“Mujur ketika itu, sebuah kereta peronda polis tiba-tiba melalui kawasan berkenaan menyebabkan kumpulan penjenayah panik sebelum melarikan diri dengan meninggalkan mangsa di lokasi kejadian,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang terselamat membuat laporan polis sebelum siasatan dilakukan bagi menjejaki suspek dipercayai berusia antara 25 tahun hingga 30-an.
“Bagaimanapun, tidak lama kemudian polis menerima laporan berhubung penemuan sebuah kenderaan mewah yang ditinggalkan di kawasan letak kenderaan berhampiran sebuah pusat beli-belah di Damansara Utama dalam keadaan hangus terbakar.
“Siasatan mendapati kenderaan terbabit kenderaan sama digunakan sebelum ini untuk menahan mangsa berhampiran sebuah bank di Damansara Perdana di sini,” katanya.
Menurutnya, siasatan polis tidak menolak kemungkinan suspek melarikan diri ke kawasan letak kenderaan di situ sebelum sengaja membakar kenderaan terbabit untuk menghilangkan bukti jenayah.
“Hasil pemeriksaan polis mendapati kenderaan mewah berkenaan sebelum ini dicuri penjenayah pada 28 Mei lalu di kawasan Kelana Jaya di sini.
“Penjenayah mungkin terbabit dengan kegiatan mencuri kenderaan mewah selain turut mensasarkan pelanggan bank. Siasatan mendapati semua penjenayah terbabit adalah warga tempatan yang disyaki melakukan jenayah sejak beberapa bulan lalu,” katanya.
Menurutnya, polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tersembunyi (CCTV) di kawasan pusat beli- belah berkenaan untuk mengenal pasti identiti suspek.
Difahamkan, Geng Mamak bermaharajalela sejak 1994 pernah menggemparkan negara berikutan merampas kargo jongkong emas di bilik kebal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang bernilai RM10 juta.
Kumpulan penjenayah itu turut terbabit lebih 185 samun, pecah gudang dan kedai serta rampasan lori, sering menyamar sebagai polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kastam atau imigresen ketika melakukan jenayah membabitkan kerugian kira-kira RM45 juta.