BasicCX
Super Active Member
- Messages
- 6,223
- Joined
- Sep 8, 2008
- Messages
- 6,223
- Reaction score
- 172
- Points
- 73
Bakal pengantin tertipu
JOHOR BAHRU: Seorang bakal pengantin yang tidak sabar memulakan kehidupan di rumah baru sanggup menerima tawaran ‘jalan belakang’ daripada seorang lelaki mendakwa kononnya boleh mendapatkan rumah kos rendah kerajaan negeri dengan bayaran perkhidmatan RM500.
Malangnya, bakal pengantin terbabit terpaksa berputih mata apabila tawaran itu ternyata palsu selepas ejen berusia lewat 30-an hilang tanpa dapat dikesan.
Abdullah Suhaimi Ahmad Lotfee, 30, mendakwa mengenali ejen itu pada awal Februari lalu selepas diperkenalkan ibu saudaranya sebelum dia terus membuat bayaran kira-kira 10 hari kemudian berikutan yakin dengan janji manis lelaki terbabit. “Saya dan tunang turut menyerahkan salinan kad pengenalan kami pada lelaki itu selain diminta menurunkan tandatangan pada borang kosong kononnya untuk menguruskan sewa beli rumah kos rendah milik kerajaan negeri.
“Dia memberi jaminan saya akan dapat rumah berikutan menggunakan nama serta kuota khas ahli politik,” katanya.
Risau selepas lebih sebulan gagal menghubungi lelaki terbabit, mangsa merujuk perkara itu ke pejabat Bahagian Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Nusajaya sebelum dia dimaklumkan rumah berkenaan tidak dijual secara sewa beli, tetapi hanya untuk sewaan.
Keterangan diberikan kaki belit itu juga bercanggah dengan maklumat diterima daripada pegawai bertugas di kaunter terbabit.
“Rumah dijanjikan memang ada, tapi bukan melalui kuota ahli politik, tapi khas untuk penduduk setinggan yang bakal berpindah nanti,” katanya.
Mangsa turut membuat laporan di Balai Polis Majidee berhubung penipuan itu untuk tindakan lanjut serta risau kad pengenalannya serta tunang disalah guna bagi tujuan tidak baik.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada mangsa. - H.Metro