balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Perak berpandangan Bajet 2015 yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Rakyat tidak mengambil kira permasalahan utama rakyat iaitu kenaikan kos kehidupan seharian yang tidak terkawal.
Ketua Penerangannya, Mohd Syamsul Alauddin berkata kerajaan tidak peka terhadap kesengsaraan rakyat apabila kos kehidupan gagal dikawal dengan baik dan di dalam bajet tersebut tidak ada usaha untuk menyelesaikan hatta mengawalnya.
"Kami sangat peka terhadap kesengsaraan kelompok yang terbeban termasuklah golongan muda yang terhimpit dalam menentukan masa hadapan mereka oleh kerana cabaran yang dihadapi masa kini," ujarnya.
Menurutnya, anak muda semakin ramai yang menganggur walaupun mempunyai kelulusan oleh kerana peluang pekerjaan yang agak terhad.
Tambahnya, anak muda yang telah berkeluarga pula menghadapi cabaran besar untuk menstabilkan kehidupan seharian mereka oleh kerana peningkatan kos keperluan harian dan dalam masa yang sama pendapatan perkapita masih rendah.
Kata beliau lagi, pihaknya melihat bajet yang dikemukakan itu tidak begitu serius untuk menyelesaikan permasalahan tersebut sebaliknya hanya bermain angka dan pengumuman 'gempak' seperti pemberian kemudahan kepada golongan muda untuk membeli rumah pertama sedangkan ianya sangat terhad.
"Kami merasakan, insentif sedemikian tidak memberikan manfaat yang besar jika kenaikan kos kehidupan tidak dapat dikawal oleh kerajaan," ujarnya lagi.
Pemuda PAS juga, tambahnya kecewa apabila mahasiswa tidak ditekankan oleh perdana menteri dalam belanjawan tersebut melainkan penerusan bantuan one-off baucer buku yang tidak memberi manfaat yang besar kepada mereka.
Ini, ujar beliau kerana permasalahan utama pelajar khususnya mahasiswa di universiti ialah kos pendidikan yang sangat tinggi serta pembiayaan pembelajaran seharian mereka.
Lebih menyedihkan, katanya peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 'diugut' apabila gagal untuk melunaskan walhal kerajaan tidak mengambil maklum kenapa mereka gagal berbuat demikian.
Beliau berpandangan, adalah tidak adil memperjudikan nasib dan masa depan mereka hanya disebabkan kegagalan mereka melunaskan wang PTPTN yang umum mengetahui ianya digunakan untuk membiayai kos pendidikan mereka.
"Kami menempelak bajet yang dicanangkan pro-rakyat itu sedangkan intipatinya tidak menggambarkan apa yang diperkatakan dan PAS menganggap bajet ini hanya retorik semata-mata," katanya. - HARAKAHDAILY