BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bajet 2014: GST akan dimasukkan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


KUALA LUMPUR - Kerajaan akan cuba yang terbaik untuk memasukkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam Bajet 2014, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Mohd Irwan berkata matlamat utama adalah untuk memelihara negara dan tidak membebankan rakyat.

"Akan ada beberapa rebat dan barangan dinilai sifar bagi barangan keperluan seperti beras dan susu tepung," katanya semasa taklimat pertengahan tahun Program Transformasi Ekonomi, di sini, hari ini.

Beliau berkata GST akan mengambil masa 14 bulan untuk dilaksanakan selepas ia diumumkan.

"GST merupakan suatu yang perlu, ia bukan satu pilihan," katanya.

Mengenai rasionalisasi subsidi, beliau berkata pengumuman akan dibuat paling awal minggu depan.

"Ia akan menjadi liberalisasi beransur-ansur dan tidak akan menjejaskan ekonomi. Pembaharuan akan mengambil kira orang ramai," katanya.

Beliau berkata ekonomi berdepan tempoh mencabar disebabkan pertumbuhan rendah dan penurunan imbangan akaun semasa.

Dalam hal ini, beliau berkata, perbelanjaan kerajaan bagi projek-projek perlu diutamakan.

"Kami perlu mengenal pasti apa projek yang mempunyai kandungan import tinggi dan kesan berganda rendah. Bagaimanapun, projek-projek swasta boleh diteruskan," katanya.

Projek prasarana besar seperti transit aliran massa, katanya, perlu diteruskan. - Bernama


sumber:http://www.sinarharian.com.my/bajet-2014-gst-akan-dimasukkan-1.196808
 
mansuhkan terus aje GST ni....wat nyusahkan rakyat aje.
 
hepi tul dpt pemimpin yg 'membela' rakyat...
org miskin akan bertambah papa miskin, yg sederhana akan jatuh kategori miskin....yg kaya...tetap kaya dan mampu hidup mewah...
memang shyiyal *(^&*^&*%
 
X kesan kat ekonomi tapi kesannye kat rakyat yg kj makan gaji.
 
masa nak PRU dulu senyap pasal GST ni.
time tu isu kelantan miskin lebih utama.

:))
 
Kihkihkih.....terima kasih kuucap kepada muuuuuu.....(korang pk la lagu apa ye)....
 
Back
Top
Log in Register