hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Orang lelaki, tolong jujur.
Sekarang ni anda tengah baring atas katil atau duduk di sofa sambil letak laptop atas riba (lap) kan?
Kalau ya, tolong angkat laptop tu letak tepi sekarang.
Anda mungkin sedang "memasak" waris keturunan anda secara perlahan-lahan.
Pernah terfikir tak, kenapa "kilang benih" (testis) lelaki diciptakan Tuhan tergantung di luar badan? Kenapa ia tak duduk diam-diam dalam perut macam ovari wanita?
Sebabnya adalah SUHU.
Kilang sperma adalah organ yang sangat sensitif. Untuk menghasilkan benih yang berkualiti dan lincah, ia perlukan suhu yang lebih sejuk (sekitar 2-4 darjah Celcius lebih rendah) berbanding suhu badan kita. Ia ibarat sistem penyejuk (radiator) semula jadi.
Masalah bermula bila anda letak laptop yang panas atas riba.
Haba daripada bateri dan pemproses (processor) laptop itu boleh mencecah suhu yang tinggi. Bila diletakkan terus di atas paha, ia menyebabkan satu fenomena yang dipanggil "Scrotal Hyperthermia".
Dalam bahasa mudahnya: Anda sedang merebus kilang anda sendiri.
Kajian perubatan menunjukkan kenaikan suhu skrotum sebanyak 1°C sahaja sudah cukup untuk mengganggu proses pembentukan sperma. Bayangkan kalau anda main game atau buat assignment berjam-jam dengan haba laptop tu?
Kesannya?
1. Jumlah sperma (Sperm count) menurun.
2. Pergerakan sperma (Motility) jadi lembab dan malas.
3. Bentuk sperma jadi cacat (Morphology).
Ini adalah punca kenapa ramai pasangan muda hari ini susah nak dapat zuriat walaupun dua-dua nampak sihat. Rupa-rupanya, tabiat kerja suami yang jadi punca "sub-ur".
Jadi, apa solusinya?
Tak payah buang laptop tu. Cuma ubah cara guna.
1. Guna meja. Itu paling selamat.
2. Kalau terpaksa guna atas riba, letak bantal tebal atau "Cooling Pad" sebagai pelapik. Jangan bagi dasar laptop bersentuhan terus dengan seluar anda.
Ingat, laptop tu boleh beli baru kalau rosak. Tapi "kilang" tu, itu limited edition bang. Jaga elok-elok.
Kredit