BTC USD 85,423.9 Gold USD 4,343.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bahaya Berpuak Dan Berpecah Belah

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
IMG_20230804_111429_225.jpg


BAHAYA BERPUAK DAN BERPECAH BELAH

Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 103 yang bermaksud : Berpegang teguhlah kamu seluruhnya dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.

Imam al-Qurtubi Rahimahullah dalam tafsirnya ke atas ayat ini menyebut:

"Iaitu janganlah kamu berpecah belah di dalam agama kamu seperti berpecahnya golongan Yahudi dan Nasrani dalam agama mereka".

Kemudian beliau berkata lagi: "Boleh juga ia membawa erti janganlah kamu berpecah belah dengan mengikuti hawa nafsu dan kehendak-kehendak yang berbeza, dan jadilah bersaudara di dalam agama Allah. Maka yang demikian itu akan menghalang kamu dari berpecah belah dan saling bermusuhan".
 
IMG_20240311_084502_284.jpg


𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗘𝗖𝗔𝗛 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗥𝗞𝗔𝗠 𝗦𝗬𝗔𝗜𝗧𝗔𝗡

Daripada Muadz bin Jabal RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّ الشَّيطانَ ذِئبُ الإنسانِ كذِئبِ الغَنمِ، يَأخُذُ الشَّاةَ القاصيةَ والنَّاحيةَ، وإيَّاكم والشِّعابَ، وعليكم بالجَماعةِ والعامَّةِ

"Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada kambing, ia akan menerkam kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya, maka berhati-hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan jemaah dan orang ramai". (HR Ahmad)
 
1000727297.jpg


KESATUAN ISLAM: BAHAYA BERPUAK DAN BERPECAH BELAH

Umat Islam dituntut untuk hidup dalam kasih sayang, saling menyayangi, mengasihi dan membantu, bukan berpuak atau berpecah-belah.

Ingatlah, perpaduan adalah kekuatan, perpecahan pula membuka pintu kelemahan dan kehancuran.

Ayuh kita suburkan semangat ukhuwah, agar Islam terus kuat dan dihormati di persada dunia.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#bersamamalaysiaku
 
Back
Top
Log in Register