BTC USD 76,366.4 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bahasa Melayu Sangat Cantik

matfx

Active Member
Messages
1,855
Joined
Sep 17, 2007
Messages
1,855
Reaction score
143
Points
33
10hm211.transformed.jpg


Putrajaya: “Bahasa Melayu sangat cantik, ada pantun, peribahasa dan perkataannya ada irama, itu yang mendorong saya untuk terus mempelajari bahasa ini,” kata Johan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2015 Piala Perdana Menteri (PABM 2015) bagi kategori Antarabangsa, Joshua Parfitt, 22.

Pemuda berasal dari United Kingdom (UK) itu berkata, dia sangat bangga apabila diumumkan sebagai pemenang bagi kategori berkenaan.

“Saya sangat bangga kerana peserta lain sangat hebat, pada mulanya saya pun tidak sangka menang.

“Saya bercadang menyumbangkan sebahagian daripada wang kemenangan ini kepada organisasi mesra alam, tetapi saya belum membuat keputusan lagi organisasi mana,” katanya ketika ditemui media selepas pertandingan akhir PABM 2015 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam kelmarin.

Hadiah disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69410#sthash.Ek8LrHQi.dpuf
 
Cuma orang luar yang cakap cantik.

Orang bukan melayu lagi suka berbahasa Inggeris.

Orang melayu pula lagi suka bahasa rempit dan bahasa gen Y. :D

Mohon jangan terasa.
 
hanya orang luar hargai bahasa kita.orang kita dok kagum antar anak ke sekolah cina... kononnya nak belajar bahasa cina. ntah la
 
tak dinafikan lagi
 
Orang UK pulak kata pemuda itu lebih menghargai bahasa org lain berbanding bahasa ibunda pemuda tersebut. hehe
 
orang melayu dah campur2kan bahasa, upgrade bahasa.. jadi macam2 dah... -_- yang original ditinggalkan....
 
Bahasa melayu asal lain..
Xde org kot ckp baku..
Bace berita pn rasenye biase je..
 
Orang UK pulak kata pemuda itu lebih menghargai bahasa org lain berbanding bahasa ibunda pemuda tersebut. hehe

tapi orang UK takde pakai bahasa rojak macam kita ni.

orang kita ni mesti kena kena ada 1-2 ayat campur english.

barulah kelasss bak kata alyssa miasara zarra binti mamat. :))
 
Back
Top
Log in Register