ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
KUALA LUMPUR - Keupayaan warga asing bertutur bahasa Melayu dalam tempoh singkat bukti ia mudah dipelajari dan tiada alasan untuk rakyat negara ini, tidak tahu menggunakan bahasa tersebut, menurut seorang pakar bahasa, hari ini.
Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata bahasa Melayu harus dipraktik dan diagungkan rakyat Malaysia kerana ia merupakan bahasa kebangsaan.
"Malah, rakyat Malaysia yang dilahirkan di negara ini perlu bangga dan mampu bertutur bahasa Melayu dengan lebih baik berbanding warga asing, yang mengambil tempoh enam bulan untuk menguasai bahasa tersebut," katanya semasa menyampaikan syarahan bertajuk 'Bahasa Melayu dari Perspektif Masyarakat Bukan Melayu' anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu di sini, hari ini.
Menurut Teo, konsep asimilasi yang diterapkan di Indonesia dan Thailand, iaitu satu proses penyatuan kumpulan etnik berlainan budaya, terbukti berjaya membentuk satu kelompok kebudayaan dan identiti sama.
Katanya, disebabkan konsep itu semua rakyat di kedua-dua negara berkenaan diwajibkan bertutur dalam bahasa sama sehingga ada menukar nama untuk menunjukkan mereka rakyat negara itu.
"Malaysia sebaliknya menggunakan konsep pluralisme atau kemajmukan dan disebabkan itu, mungkin kita susah nak ada semangat satu bangsa satu bahasa kerana kita lebih mengutamakan bahasa ibunda seperti kaum Cina dengan bahasa Mandarin dan kaum India dengan bahasa Tamil," katanya.
Teo berkata, tidak salah bagi sesuatu kaum di negara ini berasa bangga dan mengagungkan budaya azali mereka, namun mereka perlu bersikap adil dan tidak meminggirkan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.
Justeru beliau menyarankan pemimpin parti politik yang mewakili kaum tertentu untuk tidak mengenepikan soal nasionalisme, sebaliknya menggunakan bahasa Melayu dalam acara rasmi meskipun ia hanya dihadiri mereka yang bertutur bahasa ibunda sama. - Bernama