eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KANGAR – Pusaran puting beliung setinggi enam meter menerbangkan bumbung rumah lima keluarga kira-kira sejauh 100 meter di Kampung Padang Keria, di sini, pagi semalam.
Lima rumah milik penduduk terbabit mengalami kerosakan teruk terutama di bahagian bumbung dan ini termasuk sebuah lori yang dihempap bumbung garaj setelah dipukul puting beliung itu kira kira jam 11.30 pagi.
Seorang penduduk, Mohd Hashim Zakaria, 41, berkata, ini adalah kejadian pertama melanda kampung mereka malah ketika kejadian, dia bersama kira-kira 20 orang lain tergamam melihat kejadian menakutkan itu.
“Ketika kejadian, saya sedang menikmati kopi di luar rumah apabila tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat angin yang kemudian menerbangkan sebahagian daripada bumbung rumah.
“Setelah meninjau keadaan persekitaran, saya mendapati bukan rumah saya sahaja yang dipukul angin tersebut, terdapat beberapa buah rumah lagi yang turut dipukul puting beliung,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.
Difahamkan, mangsa yang terlibat dalam kejadian ini adalah para petani dan akibat daripada kejadian ini, mereka terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM 10,000.
Seorang lagi penduduk, Zakaria Hussin, 59, berkata, ketika kejadian tersebut, dia sedang mengerjakan sawah dan terkejut melihat bumbung rumah milik jiran berterbangan.
“Kejadian berlaku begitu pantas dan segala-galanya ranap dan musnah tanpa diduga kerana sebelum ini, tidak pernah terjadi kejadian seperti ini,” katanya.
:Sementara itu, jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis yang ditemui di tempat kejadian, memberitahu pihaknya telah menjalankan bancian dan bantuan akan disalurkan secepat mungkin.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu turut hadir melawat mangsa dan memberikan mereka wang sagu hati.