PERHATIAN SERIUS & MOHON SEBARKAN
Kejadian berlaku apabila seorang anak jiran bernama Rezky menyuruh adik saya mengisi air spirit ke dalam mercun jenis meriam tin. Ketika adik saya sedang mengisi, Rezky telah memetik api pada meriam tersebut secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.
Tindakan ini sangat berbahaya dan tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan tangan adik saya mengalami kecederaan serius seperti tidak boleh bergerak serta boleh mengalami cacat kekal. Buat masa sekarang tangan adik saya tidak dapat bergerak dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Apa yang lebih mengecewakan, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan rasa tanggungjawab, malah mempertahankan tindakan anak mereka dan memutar belit cerita kepada orang sekeliling.
Untuk makluman, laporan polis telah dibuat dan kes ini sedang dalam siasatan pihak berkuasa. Kami menuntut agar tindakan tegas diambil kerana ini melibatkan keselamatan dan nyawa.
Ini bukan perkara kecil. Ini kecuaian serius yang boleh membawa akibat lebih buruk. Jika tidak diambil tindakan, perkara seperti ini boleh berulang dan membahayakan orang lain.
Kepada semua ibu bapa, sila pantau dan didik anak-anak tentang bahaya bermain mercun. Jangan ambil ringan perkara yang boleh mengancam nyawa.
Mohon doa dan sokongan semua agar adik saya diberi kesembuhan dan keadilan dapat ditegakkan.
Terima kasih.
Sumber

WhatsApp