BTC USD 81,038.9 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bahan lucah dalam e-Book

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
ne_02.1.jpg

SEORANG guru, Azman Yahaya (tengah) memberi penerangan mengenai buku elektronik atau e-Book kepada murid-murid pada majlis penyerahan komputer itu di Kemaman bulan lalu.

KUALA TERENGGANU - Sekumpulan murid Tahun Lima sebuah sekolah di Terengganu membuktikan mereka telah 'celik IT' apabila menggunakan komputer mini atau e-Book yang diedarkan oleh kerajaan negeri untuk menyimpan dan menonton bahan lucah.

Setakat ini 12 murid dari sebuah sekolah kebangsaan di Gong Badak telah dikesan menyalahgunakan komputer tersebut yang pada asalnya bertujuan menjadi pengganti kepada buku teks sekolah.

Ada di antara murid itu cuba mengelak daripada dikenakan tindakan dengan mendakwa ia perbuatan abang mereka.

Namun, kesannya bukan sahaja komputer itu dirampas tetapi lebih teruk mereka berhadapan dengan kemungkinan dibuang sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman mengesahkan perkara itu dengan berkata, e-Book milik kesemua murid itu telah dirampas hasil pemeriksaan mengejut guru sekolah berkenaan baru-baru ini.

"Ini masalah yang serius kerana perbuatan membawa bahan lucah ke sekolah boleh mengakibatkan murid-murid itu dibuang sekolah,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam
 
mmg akui dh agak projek nie xJADI. sama macam projek pemasangan LCD kat kelas2.last2 berhabuk cmtu je..yg hilang pn banyak. Silap kerajaan xpikir panjang sblm wt sesuatu projek. MERUGIKAN!!
 
mmg akui dh agak projek nie xJADI. sama macam projek pemasangan LCD kat kelas2.last2 berhabuk cmtu je..yg hilang pn banyak. Silap kerajaan xpikir panjang sblm wt sesuatu projek. MERUGIKAN!!

Fikir kroni kot:))
 
Back
Top
Log in Register