BTC USD 81,271.8 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IAEA temui bahan nuklear di Syria

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,274
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,274
Reaction score
346
Points
141

IAEA temui bahan nuklear di Syria​

3619990.webp

Lokasi di Deir ez-Zur, timur Syria yang didakwa menempatkan kemudahan nuklear pernah menjadi sasaran serangan Israel pada 2007.

DASMYIK - Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi mendedahkan penemuan beberapa tan bahan nuklear di lokasi tidak pernah diisytiharkan dan dipercayai berasal dari era pemerintahan pihak berkuasa Syria terdahulu.

"Pemeriksa kami berjaya mengakses lokasi berkenaan selepas Damsyik memaklumkan kewujudannya. Ia berpotensi disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab," ujarnya.

Pemeriksa IAEA turut melakukan tinjauan ke atas satu lokasi yang dikaitkan dengan bahan nuklear yang dikenal pasti Syria.

Pemerintah kini membuka laluan kepada IAEA untuk menyiasat tinggalan program nuklear yang pernah dijalankan ketika pemerintahan bekas Presiden digulingkan, Bashar al-Assad.

Difahamkan, Damsyik membuat laporan pada bulan lalu.

Menteri Luar, Asaad al-Shaibani berkata, bahan yang disenaraikan sebagai tidak berbahaya akan kekal di bawah kawalan Syria, namun tertakluk kepada jaminan daripada IAEA.

Sejak kejatuhan rejim Assad pada akhir 2024, pihak berkuasa Syria berikrar untuk bekerjasama dengan IAEA bagi menangani legasi aktiviti nuklear yang dijalankan sepanjang beberapa dekad pemerintahan legasi Assad. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register