BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BAGUS Dilaksana Segera Bagi Perluas Akses Bantuan Guaman Syarie - PGSM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,176
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,176
Reaction score
346
Points
141

BAGUS Dilaksana Segera Bagi Perluas Akses Bantuan Guaman Syarie - PGSM​

ceec05695b5074e660b9db97d9cc8b8e6a3f9e4307a3a

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama para peserta semasa hadir pada Perasmian Konvensyen Kebangsaan Profesion Peguam Syarie 2026. Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan dan Ketua Hakim Syarie Datuk Mohd Amran Mat Zain.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) akan melaksanakan segera Program Bantuan Guaman Syarie (BAGUS) selepas menerima peruntukan RM1.5 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Presiden persatuan itu Musa Awang berkata golongan memerlukan bantuan guaman syarie tetapi tidak berkemampuan boleh mendapatkan khidmat representasi melalui PGSM dengan sokongan dana yang disalurkan kerajaan itu.

Beliau berkata menerusi BAGUS, PGSM akan menyediakan panel peguam syarie kepada golongan tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk melantik peguam dengan memberikan khidmat nasihat atau mewakili mereka di Mahkamah Syariah.

“Pihak persatuan akan segera melaksanakan program tersebut dan membuat pengumuman kepada masyarakat mengenainya setelah dana disalurkan.

“PGSM yang mempunyai rangkaian di seluruh negara dijangka mampu menawarkan penyelesaian kepada masyarakat menerusi dana yang disediakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Anwar ketika merasmikan Konvensyen Kebangsaan Profesion Peguam Syarie 2026,  mengumumkan peruntukan RM1.5 juta kepada PGSM bagi memperluas akses bantuan guaman syarie kepada golongan kurang berkemampuan melalui BAGUS.

Perdana Menteri berkata akses kepada keadilan perlu diberi perhatian kerana masih ramai, khususnya golongan miskin dan ibu tunggal yang berdepan kesukaran mendapatkan representasi guaman di Mahkamah Syariah.

 
Back
Top
Log in Register