BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bagi Anwar jadi PM sekali

zackpenang

Banned
gem
Messages
7,236
Joined
Jan 9, 2010
Messages
7,236
Reaction score
1,891
Points
151
Bagi Anwar jadi PM sekali

1659443291970.png

PERTEMBUNGAN pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022, akhirnya menutup tirai pertengahan Julai lalu dengan aktivis masyarakat Adam Adli Abdul Halim diumumkan sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).


Menariknya kemenangan Adam Adli mengenepi dan memecahkan monopoli pasukan Timbalan Presiden, Rafizi Ramli dalam pimpinan kali ini.

Kemenangan Adam Adli turut dikaitkan dengan jalur sejarah perjuangannya sebagai seorang aktivitis mahasiswa yang tidak takut untuk memberontak dan turun ke jalanan.


Ia sangat dekat dengan kisah perjalanan hidup Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Persoalannya, mampukah Adam Adli membantu Anwar dan PKR menawan hati rakyat untuk kembali ke Putrajaya?

Wartawan Sinar Premium, Mohd Faizul Haika Mat Khazi menemubual Adam Adli untuk mendapatkan jawapannya.

Sinar Premium: Apakah perasaan Adam apabila Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) umum nama anda sebagai pemenang jawatan Ketua AMK bagi sesi 2022-2025?

Adam: Pertama saya berasa terharu dan bersyukur dengan sokongan diberikan ahli AMK di peringkat akar umbi biarpun ini adalah pertama kali saya bertanding jawatan dalam parti politik. Saya juga berasa gementar kerana tugas sebagai Ketua AMK amat berat dan besar untuk dilaksanakan.

Agenda perkuat parti perlu jadi fokus utama Kongres PKR
PKR perlu hati-hati gagasan khemah besar
[VIDEO] 24 cabang PKR Perak buat laporan polis terhadap Najib
Calon Ketua AMK tolak dakwaan pemilihan PKR sandiwara Anwar
Penamat perlumbaan Anwar jadi PM
Bagi saya individu yang menang bukan menang semua. Begitu juga individu kalah bukan kalah semua.

Jadi selepas tamat pemilihan parti kita kena kembali bersatu dan bekerjasama rapat bagi memastikan PKR menjadi sebuah parti kuat untuk menghadapi PRU15 tidak lama lagi.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/214270/BERITA/Nasional/Bagi-Anwar-jadi-PM-sekali
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Hidup lagi Adam Adli. Kantol universiti jadi aktivis. Takde masa depan
 
Bagi la Malaysia buat rekod dunia bekas banduan kunyit jadi pm ... Logik keadilan ni logik sial ... Kikiki
 
Hidup lagi Adam Adli. Kantol universiti jadi aktivis. Takde masa depan
jangan macam-macam bang, selalu orang yang jahanam belajar ni la yang jadi menteri kat malaysia.

silap hari bulan jadi perdana menteri. alangkah tukang masak yang tak habis belajar pun boleh jadi menteri pertahanan.
 
Sinar harian pun nak bodek Adam sampah ni ke. Lain benar laluan politik Adam ngan Anwar. Adam ni masuk upsi. Takde jawatan apa2 pun. Tak grad. Hifup membodek menempel dgn Snwar. Anwar dulu memang terkenal dgn skill pidato kat UM. Dah memang jadi ayam tambatan. Orang kuat abim. Dan Tun M yang bawa Anwar masuk umno. Dan Anwar grad.
Ni berita sampah nak ketepikan kem Rafizi je. Aku prefer Rafizi jadi pm dari Anwar.
 
bawah dataran merdeka tu kan ada gua...22 bulan duk situ kut 😁
 
Back
Top
Log in Register