BTC USD 83,098.5 Gold USD 4,190.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bagaimana Rasulullah Bermesra Dengan Isteri

alang2 dah bercerita pasal ni kan, nak tanya lah...

mcm mana pulak kalau baca quran digital yg ada dalam henpon?
kena ada wuduk?

pendapat mcm mana?

tak pasti yang ni..

huhu
 
tumpang tanya jgk, klu x berwudhuk pegang Al-Quran mcm mana ? dosa ke?

kalau AlQuran tu dipegang memang kena ada wudhuk..kecuali AlQuran yg ada kandungan tafsir,ni aku belajar dululah...banyak lupe ni,minta ada yg beri penjelasan..hati dah berkarat banyak tu yg lupe je:D
 
alang2 dah bercerita pasal ni kan, nak tanya lah...

mcm mana pulak kalau baca quran digital yg ada dalam henpon?
kena ada wuduk?

pendapat mcm mana?

ni aku pernah post kat cg haritu..katanya tak perlu...

aku ada soalan gak..kita download AlQuran digital..dalam CPU..CPU bawah meja,kaki letak atas CPU..agak2 dosa tak sebab ada AlQuran kat dalam tu...
 
aku nk tumpang tanya jgk la, klu cetak ayat Al-Quran pada baju, camno? apa beza nya dgn lekat kat dinding umah?
 
oo..tak perlu ehh..
orait.. TQ

soalan hang tu aku pon x reti nak jawab... :(
 
Membaca Al-Qur'an tanpa wudhu' atau semasa haid
Ditulis oleh Hafiz Firdaus
Tuesday, 18 September 2007
Assalamu 'alaikum

Adakah dibolehkan pegang or baca Al Quran tanpa wuduk and saya pernah dengar orang kata dosa and kalau nak hapuskan dosa tu kena ambik wuduk? Saya nak mintak bro hafiz firdaus tolong jelaskan artikel tentang perempuan yang sedang haid boleh baca Quran (al-firdaus.com), saya masih confuse sebab dalam Quran kan ada sebut yang haid itu benda yang kotor, so, betul ke boleh baca Quran masa haid?

Jawab HF:

Yang kotor hanya darah haidh, bukan wanita yang mengalami haid. Oleh itu tangan yang memegang, lidah yang menyebut, hati yang berfikir dan kepala yang menghafal tidak terlibat dalam kotoran haidh.

Dalam hadis sahih, ketika Rasulullah s.a.w. sedang beriktikaf, baginda meminta daripada A'isyah kain sarungnya. A'isyah keberatan untuk memberi, katanya dia sedang haid. Lalu Rasulullah jawab, kamu tidak haid di tangan kamu.

Dalam Sahih al-Bukhari, seorang wanita kulit hitam masuk Islam. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Rasulullah mengizinkannya membuat khemah dan tinggal di dalam masjid. Padahal sebagai seorang wanita, dia akan mengalami putaran haidnya yang normal.

Hadis terakhir ini dijadikan dalil oleh Ibn Hazm bahawa wanita haid boleh masuk dan berurusan dalam masjid. Oleh itu yang kotor hanya darah haid dan bukan wanita itu sendiri. Ibadah yang secara sahih terlarang ketika haidh ialah solat, puasa dan tawaf.

Tambah THTL:

1. Hukum pegang al-Qur'an (musyhaf) tanpa wudhu':

Pendapat muttakhir adalah dibolehkan.

Dalil Al-Qur'an al-Waqi'ah ayat 79 (tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang suci) telah pun dihapuskan khilafnya kerana 'orang-orang' dalam ayat itu adalah Malaikat dan ia berlaku di Lauh Mahfudz.

Imam alAlbani (Tamam al-Minnah) dan Dr Qardhawi (Fiqh Taharah) telah mengesahkan hal ini. Ia bersumber dari Fiqh Ibn Abbas RA.

2. Hukum baca al-Qur'an tanpa wudhu'

Boleh membaca al-Qur'an bagi orang yang tidak berwudhu' adalah ijma'. Berwudhu' itu adalah sunnah (Imam Nawawi, atTibyan, bab adab Tilawah)

3. Wanita haidh baca al-Qur'an

Pendapat muttakhir dari al-Albani (Tamam alMinnah), dan Dr Qardhawi (Fiqh Taharah) bolehnya wanita haidh membaca al-Qur'an.

Sebab utama: dalil hadis (dalam isu ini) adalah bermasalah.

Walaupun pendapat muttakhir ini menyalahi Jumhur, tapi manhaj salaf, jumhur tidak semestinya benar. Kebenaran ialah bila terbukti dasar dan pegangan jumhur berjaya dibedah siasat semula dan kecacatan dalilnya dikenalpasti.
 
ni aku pernah post kat cg haritu..katanya tak perlu...

aku ada soalan gak..kita download AlQuran digital..dalam CPU..CPU bawah meja,kaki letak atas CPU..agak2 dosa tak sebab ada AlQuran kat dalam tu...

rasenye camni, kita hafal Quran so ada dalam ingatan, pastu masuk jamban camne tu? :)
 
aku nk tumpang tanya jgk la, klu cetak ayat Al-Quran pada baju, camno? apa beza nya dgn lekat kat dinding umah?

yg ni aku tau..kalau letak kat dinding tak jadi masalah,selagi takde unsur2 kurafat...tapi cam baju nanti dah buka,masa nak basuh confirm ke tak jatuh merata nanti sebab jelas tertera ayat AlQuran tu
 
rasenye camni, kita hafal Quran so ada dalam ingatan, pastu masuk jamban camne tu? :)

kalau camtu,samalah konsep dengan CPU ye,masukkan AlQuran,pastu keadaan memaksa terpaksa bawa CPU masuk tandas jap,sebab nak kemas rumah kononnya lah:D
 
Back
Top
Log in Register