x faham langsung apa yg tuan kongsikan dekat sini..
aku mungkin lambat pickup berkaitan dengan DEB..
berkaitan dengan "laksanakan peratusan pemilikan ekonomi berdasarkan kaum dimana lebih mengutamakan kaum BUMIPUTERA"
1. Berapa target % peratusan pemilikan ekonomi bumiputra yang hendak dicapai dalam DEB ?
1. Berapa statistik % berkaitan dengan peratusan pemilikan ekonomi BUMIPUTRA yang telah dicapai ?
2. Apa maksud sekatan & catuan pemilikan KEWANGAN ?
DEB ni dah lama berakhir pada 1991 (20 tahun selepas pengenalannya oleh mantan PM kedua, Tun Abdul Razak). Antara matlamatnya adalah membasmi kemiskinan (jurang ekonomi) dan pengagihan kek ekonomi yang lebih adil terutama dalam kalangan tiga kaum majoriti, Malay, Chinese and Indian.
Antara agenda dan kejayaan bawah DEB adalah penubuhan MARA dan PNB untuk memberi peluang kepada usahawan melayu khususnya menceburi bidang yang swasta x nak ceburi (pertanian dan sbgainya)..dalam masa pemerintahan Tun Abdul Razak juga, ada di perkenalkan Buku Merah (yakni dasar pembangunan kerajaan tempatan yg bertumpukan pembangunan luar bandar bagi mempertingkatkan keupayaan ekonomi luar bandar supaya mencapai kesetaraan dengan kaum di bandar).Penubuhan FELDA kemudiannya di gagaskan bersama agensi2 kerajaan yang lebih bertumpukan pertanian. Masa tu, kaum cina dan india dan private lebih cenderung ke arah perkhidmatan dan perindustrian.
DEB ini berjaya dalam mewujudkan agensi yang membantu pembangunan bumiputera tapi banyak faktor lain yg menyebabkan kelembapan pelaksanaan DEB ini, antaranya social norm yang pada masa itu tidak terbuka dalam merebut peluang dan sifat takut mencuba sektor baru dan sebagainya sedangkan modal dan latihan di beri oleh MARA dan PNB.
Jadi untuk katakan DEB itu gagal sama sekali, saya kurang bersetuju.
Kemudiannya , pengakhiran DEB di teruskan dengan legasi Dasar Pembangunan Nasional yg di pimpin oleh Tun M, pada ketika itu. Melalui inilah, wujudnya syarikat GLC yang lebih kompeten. Masalah berlaku apabila orang Melayu sendiri masih ketinggalan dalam memacu pertumbuhan syarikat2 ini kerana kita masih kurang ilmu sains dan inovasi. Dengan pendirian Tun M yang tidak mahu berhutang dengan mengimport tenaga asing maka, satu perubahan ekonomi besar berlaku yakni privatisation.
Dengan privatisation ini, syarikat GLC lebih berdaya saing kerana dapat mencipta modal dengan jualan syer (ekuiti) kepada pelabur. Maka, modal untuk mengembangkan syarikat bukan datang dari debt structure sebaliknya equity structure (yang mana lebih bagus) dari segi akaun&ekonomi&finance. ASSET/EQUITY> LIABILITY.
Tapi, seperti thread ni tanya dan akhirnya pusingan ekonomi kita jadi buruk adalah kerana sifat kapitalis. Kapitalis ini bersifat individualistik yang akhirnya menyebabkan kondisi yang kaya terus kaya dan sebagainya. Kapitalis idea Adam Smith ini terbukti memberi kekayaan tapi tidak secara holistik, senang kata, kekayaan itu bersifat individu dan bukan masyarakat. Kata barat mereka ada tanggungjawab sosial dalam entiti corporation yakni CSR (corporate social responsibility)~bagi biasiswa dan sebagainya. .betul, tapi tidak ada kewajipan untuk diorang memastikan CSR ini sampai ke setiap lapisan masyarakat yang memerlukan.Lagipun, CSR ini x de limitasi atau benchmark..selagi ada CSR bagi alam sekitar contohnya tapi tidak bagi lain2 cabang, maka company tu dah ada CSR.
Sebagai negara yang memegang teguh Islam sebagai agama rasmi, kapitalis ini bertentangan dengan ajaran Quran dan sunnah bila mana, sewajarnya kekayaan itu di beri dengan adil kepada setiap lapisan masyarakat supaya kemiskinan dapat di basmi.Itulah tujuan utama ekonomi Islam selain pengabdian kepada pencipta.
Maka, bagi jawapan Islamic economy yang di tanyakan oleh tt, saya percaya waqf adalah solusi. Waqf corporation seperti An Nur waqf yang di gagaskan oleh Johor Corporation oleh mantan CEO nya, Tan sri Mohd Ali Hashim adalah model terbaik yang kita ada, untuk prosper economic rotation/cycle yang lebih baik dan adil. KPJ hospital juga antara yang memulakan inisiatif waqf corporation di Malaysia (KPJ subsidiary JCorp, kalau x silap).
KDNK, Consumer price index, unemployment rate, GDP, GNP adalah antara ukuran bagi economic index and growth rate di negara itu.BLR somehow after effect of this index together with exchange rate. Ini adalah cabang makro ekonomi.
Dari segi cabang mikro ekonomi, fokus di beri kepada industri dan kewujudan supply and demand relationship. Bila mana sebagai contoh, demand sawit di Malaysia berkurangan dan supply berlebihan, maka akan berlaku economic distortion kat situ.
Tapi apa pun, ekonomi ini kelansungannya berkait dengan politik dan sosial. Kalau resources negara itu banyak sekalipun tapi politik dan sosial kucar kacir sebagai contoh (negara di Afrika dulu) berlian, tapi kerana sikap kapitalis dan politik yang tamak makan rasuah, akhirnya berlian2 ini di jadikan sumber oleh U.S. berlian konflik satu ketika dahulu. Sosial nya, masyarakat kurang pengetahuan dan tak ambil peluang untuk jadikan berlian ini sebagai sumber ekonomi dengan menjualnya pada orang tengah kerana kurang ilmu tentang harga pasaran. Akhirnya mereka di manipulasi oleh kapitalis dengan margin keuntungan yang rendah berbanding harga pasaran.
Macam di Malaysia, waqf ni orang ingat barang free, tapi waqf kalau di gerakkan dengan betul, boleh menjadi sumber ekonomi berterusan. Sebab apa, sebab harta yang di infakkan untuk waqf, haram di tuntut. Bayangkan kalau waqf buat the first halal shopping mall..then duit tu di salurkan untuk bantu muslim yang daif, fisabilillah dan bagi mikro kredit untuk peniaga muslim mulakan business.Akhirnya tabung baitul mal bertambah kerana modal waqf ini di jana keuntungan nya.
Sekian, serba sedikit yang saya tahu untuk di kongsi bersama kalian.