BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bagaimana cara solat jamak?

maksudnya 2x solat n semuanya 8 rakaat?..contohnya zuhur n asar..jamak taqdim..mula2 4 rakaat untuk zuhur then lepas bagi salam..bangun n buat 4 rakaat lagi untuk asar..?

saya paham maksud TT.,kalau jamak saja memang akan jadi 8 rakaat (4 rakaat zohor dan 4 rakaat asar);

tapi nak meringankan lagi juga boleh di qasarkan(pendekkan 4 rakaat kepada 2 rakaat)

so, lebeh baik kita pendekkan jadi jamak & qasar (2 rakaat zohor dan 2 rakaat asar)


untuk solat jamak (sekiranya TT da sampai ke tempat tujuan)

1. ada mengatakan boleh sampai 3 hari;bermula dari hari perjalanan, ada 5 hari, ada seminggu..yang ni saya kurang ilmu lagi(tak pasti)..lebih baik bertanya kepada yang lebih mengetahui.

2. tidak berimam dengan orang yang solat tamam (solat sempurna).contoh nya imam sembahyang zohor 4 rakaat,so TT p la sembahyang sorang2 kat belakang sket..tapi kalau TT tau imam tu sembahyang jamak jugak,boleh angkat dia sebagai imam.
 
Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)



2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)


HARAP DAPAT MEMBANTU
 
lg elok, cari buku tentang solat, mcm2 jenis solat ada,

:D
 
TT gini citenye:

jamak:
jamak - himpunkan
dilakukan bagi individu yang musafir (2 marhalah ; lebeh kurang 96 km >)

jamak ada 2 jamak taqdim dan jamak takhir

jamak taqdim dilakukan dalam 'waktu sebelum'
contoh:
1. zohor dan asar dilakukan dalam waktu zohor
2. maghrib dan isyak dilakukan dalam waktu maghrib

jamak takhir dilakukan dalam 'waktu selepas':
contoh:
1. zohor dan asar dilakukan dalam waktu asar
2. maghrib dan isyak dilakukan dalam waktu isyak.

qasar:
qasar - pendekkan (memendekkan kepada 2 rakaat)bagi solat yang ada 4 rakaat (zohor, asar dan isyak)

jamak & qasar:
* kebanyakan / kebiasaan dilakukan oleh individu bermusafir
* melakukan solat dengan 2 salam(paham ke tak ni?)..okeh baca baik2

KES 1: TT berhenti sembahyang (dalam waktu zohor)-->maksudnya jamak taqdim lah:

niat : "sahaja aku sembahyang fardhu Zohor 2 rakaat qasar himpun KEPADANYA Asar jamak taqdim kerana Allah Ta'ala"

siap 2 rakaat bagi salam,kmudian bangun qamat,dan sambung untuk solat Asar.

niat : "sahaja aku sembahyang fardhu Asar 2 rakaat qasar himpun KEPADA Zohor jamak taqdim kerana Allah Ta'ala"

KES 2: TT berhenti sembahyang (dalam waktu asar)-->maksudnya jamak takhir lah:

niat : "sahaja aku sembahyang fardhu Asar 2 rakaat qasar himpun KEPADANYA Zohor jamak takhir kerana Allah Ta'ala"

siap 2 rakaat,bagi salam,bangun qamat, dan sambung untuk sembahyang Zohor

niat : "sahaja aku sembahyang fardhu Zohor 2 rakaat qasar himpun KEPADA Asar jamak takhir kerana Allah Ta'ala"

kes 1 dan 2 ini sama lah bagi solat maghrib dan isyak,tapi jangan lak TT qasar solat maghrib lak (maghrib tetap 3 rakaat).nanti orang sekeliling terpinga-pinga tgk TT solat maghrib 2 rakaat.
p/s yang saya capital letter kepadanya/kepada tu jaga2,nanti lari maksud.(saya berkali-kali tanya tok guru hal ni,dia pn menekankan berkenaan hal tu)tgk remeh je.

yang selebihnye TT kena banyak baca,kalau boleh kena tanya orang yang lebeh arif secara lisan.kalau baca susah nak paham.

yang baik datang dari Allah,yang kurang saya mintak tolong bagi pencerahan.Insyaallah

:)cgrock terng dan jelas
 
maksudnya 2x solat n semuanya 8 rakaat?..contohnya zuhur n asar..jamak taqdim..mula2 4 rakaat untuk zuhur then lepas bagi salam..bangun n buat 4 rakaat lagi untuk asar..?

4 rakaat sahaja (2 + 2)
 
gini TT

waktu zohor, jamak takdim
waktu asar, jamak ta'khir

niat senang, x pandai dalam arab, boleh je BM pun...igt ALLAH Maha Mengetahui..

mudah je...sahaja aku solat zuhur,2 rakaat jamak dengan asar kerana Allah Taala..

kalo waktu asar, ubah jela niat...sahaja aku solat asar dua rakaat jamak dengan zuhur kerana Allah Taala..

niat ni x pyah nk sebut2 dgn mulut xpe...lintasan hati sahaja..padahal masa ambik air sembahyang pun dah niat...masa naik kereta nk bertolak pun dah niat..yg penting LILLAHI TAALA...
 
Menurut ahli fiqh pemberatan hukum adalah seperti berikut:

Hukum melakukan solah secara jamak adalah lebih ringan daripada solah qasar.

Ringkasnya, qasar hanya boleh dilakukan apabila musafir. Sedangkan jamak boleh dilakukan tanpa musafir dengan keadaan-keadaan tertentu. Contohnya hujan.
 
jamak tu himpun.qasar tu pendekkan..nak buat jamak saja buley,nak buat qasar saja buley,nak buat dua2 buley.

cth ko skang on the way balik kg.waktu zuhur dah masuk,tp ko mls nak benti,ko psg niat nak smyang zuhur dlm waktu asar.ni org paggil jamak taakhir...tiba waktu asar...ko smyg le dua2 zuhur dan asar..klu ko bijak,ko qasar la skli,mksdnye 2 rakaat setiap waktu...klu ko pernah bljr,msti ko phm ni..
 
Back
Top
Log in Register