BTC USD 84,517.9 Gold USD 4,131.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bagaikan di negara asing

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


BANDARAYA MELAKA - Lambakan warga asing yang melepak menghabiskan masa hujung minggu di Terminal Melaka, dekat sini ternyata membimbangkan rakyat tempatan.

Biarpun warga asing terbabit tidak melakukan sebarang kegiatan jenayah, namun kewujudan mereka beramai-ramai sehingga memenuhi setiap ruang terminal bas itu ternyata merimaskan.

Situasi itu turut menyebabkan orang ramai yang berada di Melaka Sentral seolah-olah merasakan mereka berada di negara asing dengan riuhan gelagat warga asing daripada Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam dan Myanmar itu.

Dipercayai kesemua warga asing terbabit bekerja di negeri ini dan mengambil peluang menghabiskan cuti hujung minggu atau cuti umum di bandar dan menjadikan pengangku-tan awam sebagai kenderaan mereka untuk ke sana-sini.

Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi, Nursuraya Zulkifli, 24, berkata, dia rimas dengan kewujudan warga asing terbabit.

Menurutnya, terminal bas yang menjadi perantara dia mendapatkan bas untuk balik ke kampus di Shah Alam dan ke kampungnya di Jasin seolah-olah berubah jadi ‘perkampungan antarabangsa'.

“Wajah mereka ini memang menakutkan dan tidak dinafikan saya agak takut berdepan dengan mereka kerana kes jenayah yang berlaku sering mengaitkan warga asing.

“Selain itu, warga asing ini juga tidak menitik beratkan kebersihan sehingga menimbulkan bau kurang menyenangkan setiap kali terpaksa berkongsi bas dengan warga asing ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Melaka Sentral, dekat sini semalam.

Bagi seorang lagi pelajar rakyat tempatan. Tyson Edmund Den, 24, dianggarkan kira-kira 60 peratus pengunjung di Melaka Sentral pada hujung minggu adalah warga asing.

“Keadaaan ini rasanya sudah lima tahun lalu berlaku dan masih tidak berubah. Walaupun kini saya jarang menggunakan perkhidmatan bas, tetapi sering mendengar rungutan rakan-rakan yang tidak boleh menerima keadaan terminal dikuasai warga asing,” katanya.

Tyson turut meminta pihak berkuasa mencari jalan mengatasi lambakan warga asing ini untuk mengelakkan kemungkinan masalah seperti jenayah atau mencemarkan imej bandar.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/bagaikan-di-negara-asing-1.17260
 
dah mrka ramai dan hampir semua menggunakan perkhidmatan bas tu yg semakin ramai di mrata tempat
 
Dah bape juta agaknya orang asing kat malaysia..
 
den teringat masa blaja kat melaka ni dulu..
masa tuh...xde lagi melaka central ni...
bus stand kat jalan hg tuah...
perghh..mat/minah indon time sabtu ahad..
da rupa den pegi jakarta...
 
baru tau ker????

:-?:-?:-?:-?:-?:-?:-?:-?

so skg nie...x yah susah2 nak g obersea....

:)):)):)):)):)):)):))
 
slh spe ugak y dok amik dorg sume 2...pndai uat pndai tanggung la...
 
den teringat masa blaja kat melaka ni dulu..
masa tuh...xde lagi melaka central ni...
bus stand kat jalan hg tuah...
perghh..mat/minah indon time sabtu ahad..
da rupa den pegi jakarta...

pastu yg kapel2 pun org indon/bangla...dah tinggal aku kesepian naik bas sesorang... :))
 
Asyikkkk pak...ngak perlu ke bandung lagi..huhu
 
Back
Top
Log in Register