balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
MERANTI – Penyakit misteri yang dihidapi seorang bekas guru mengaji al-Quran di Kampung Gading, menyebabkannya tidak mampu menjalani kehidupan seperti biasa.
Mohd Nor Harun, 72, berkata, badannya berasa berat umpama ditindih manakala kakinya menjadi kaku dan tidak dapat bergerak.
Menurutnya, penyakit yang mula menyerangnya sejak tahun lalu, menyebabkan dia terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Kaki saya menjadi berdenyut setiap kali didekati saudara yang datang melawat dan kesakitan ini hanya akan surut beberapa minggu kemudian.
“Bagi mengurangkan kesakitan, saya terpaksa mengambil pelbagai jenis ubat dan meneruskan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian,” katanya.
Mohd yang pernah bertugas sebagai guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di daerah ini, memohon agar pihak berkenaan sedia membantunya menerusi bantuan pencen atau wang ihsan.
Menurutnya, dia memohon agar namanya disenaraikan dalam bantuan pencen pengajian Kafa seperti mana guru Kafa.
“Saya tiada pendapatan tetap dan terpaksa bergantung harap dengan anak-anak yang sudah berumah tangga.
“Seboleh-bolehnya, saya tak nak menyusahkan mereka, kerana mereka juga mempunyai tanggungan yang ramai,” katanya.
SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/badan-berat-umpama-ditindih-1.361580