BTC USD 85,713.5 Gold USD 4,159.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Badal haji

jabbarnur

Fun Poster
Messages
292
Joined
Aug 14, 2013
Messages
292
Reaction score
3
Points
15
Bulan haji makin hampir tiba....teringat akan saya berkenaan tentang BADAL HAJI....banyak iklan iklan yang ditampal dan digantung bagi tujuan BADAL HAJI...rata rata saya lihat mengiklankan dengan harga RM1500 hingga RM 1800 bagi tujuan tersebut...Persoalannya adakah benar itu jumlah yang cukup untuk seseorang itu ambil sebagai upah megerjakan HAJI...????

mari kita sesama kita berdiskusi...memberi pendapat mudah mudahan boleh jadi pedoman pada sesama kita bagi paada masa kini dan akan datang...

Yang Mengajak
 
bergantung siapa yg diupah oleh pihak syarikat utk mengerjakan badal haji. Biasanya student2 yg belajar kat sana diupah, so kat situ kos dah kurang.
 
bergantung siapa yg diupah oleh pihak syarikat utk mengerjakan badal haji. Biasanya student2 yg belajar kat sana diupah, so kat situ kos dah kurang.

kebanyakkan memang upah pelajar pelajar disana dan juga mereka yang telah bermastautin disana...tapi bila saya halusi...nampaknya nya macam tak memadai dengan upah sebanyak itu..dari RM1800 bukan semua dapat pada si pembuat..kebiasaannya mereka hanya terima sekitar RM1000 ke RM 1200 sahaja..itu lah duit yang nak dibayar DAM itu lah nak buat tambang..kalau haji tamattu' sah sah dah kena tolak DAM (RM450)..silap silap nasib tak baik satu duit pun tak dapat...

kasihan pada sipembuat...terutama budak budak pelajar tu..buat haji banyak pakai tenaga juga..
 
Hapuskan Para Peniaga Badal Haji!

Dr. Syarif Hatim alAuni Hafizahullah
Terjemahan: Bin Sahak.

Aku mendapat tahu bahawa sebahagian org ada mengiklankan dirinya bersedia melaksanakan haji badal dgn bayaran 2 ribu atau lebih. Dia edarkan risalah mencari org yg dapat berikan kos tersebut utk dia laksanakan haji.

Sekalipun melaksanakan haji utk jenazah atau org yg tidak mampu itu harus (sptmana yg dibuktikan dr sunnah) beserta perincian dan khilaf di antara fuqaha', demikian juga memberi wang kpd org yg melaksanakan haji utk org lain sbg kos perbelanjaan dan penat yg dipikulnya (sedikit atau banyak) juga adlh suatu yg harus.

Melainkan persoalan ini TIDAK BOLEH dijadikan satu perniagaan, di mana tiada khilaf atau perbezaan ulama bahawa sesiapa yg melaksanakan haji kerana wang, dia tidak melaksanakan haji utk dirinya dan org lain.

Sesiapa yg mewakilkan seseorg dr kalangan mereka yg berniaga buat haji utk melaksanakan haji org lain, maka telah rugi hartanya dan org itu tidak melaksanakan haji utk org lain. Krn dia telah mewakilkan haji kpd org yg melaksanakan haji utk mendapatkan harta.. bukan krn Allah.

Maka sesiapa yg hendak mencari org yg dpt diwakilkan melaksanakan haji utk dirinya disebabkan dia tidak mampu melaksanakannya sendiri atau melaksanakan haji utk ahli keluarganya yg telah meninggal dunia, agar tidak mewakilkan para penjual haji ini.

Sebaliknya hendaklah dia mencari seorg lelaki soleh lagi mulia yg mengetahui cara ibadat haji dan mahu melaksanakan haji utk dirinya atau utk.org lain kerana mengharapkan balasan akhirat, maka wakilkanlah kpdnya, kemudian berikan kpdnya (tanpa saling meletakkan syarat) apa2 yg dpt membantu dia utk melaksanakan ibadat haji.

Inilah orgnya yg diharapkan sampai pahala haji yg dilakukannya kpd org yg ditunaikan haji utknya, bukan org2 yg berniaga dgn melakukan haji dr kalangan mereka yg mencari siapa yg dapat memberikan wang kpdnya agar dapat dia laksanakan haji, dan hampir juga dia membuat tawaran siapa yg dpt bayar lebih tggi utk dia laksanakan haji.

Umat islam hendaklah berusaha menamatkan para peniaga agama ini dan yg lebih buruk lagi org yg mengedarkan risalah2 iklan ttg dirinya yg bersedia melaksanakan haji dgn bayaran.

Kadang-kala org bertanya: "apakah anda dapat melihat niat mereka sehingga anda mentohmah mereka spt itu?"

Jawapannya:

Pertama: "ini bukan bermaksud dpt melihat niat mereka. Akan tetapi ia hukum fiqhi, iaitu tidak boleh mengambil upah melakukan amalan akhirat spt hukum saling meletakkan upah utk membaca alQuran (bukan utk mengajar alQuran)

Kedua: "sesiapa yg hendak mewakilkan haji, hendaklah dia bersungguh-sungguh dan berhati2 agar hartanya tidak pergi secara sia2 sehingga tiada sbrg hasil haji utk dirinya dan org lain dgn memilih org yg tiada niat yg baik dlm melaksanakan haji.

Demikian juga wajib ke atasnya mencari org yg jauh dr syubhat dan keraguan, yg paling utama adlh org yg memiliki niat yg baik, bukan kpd org yg meminta harga tertentu sbg upah haji, sehingga kadang-kala meminta2.

Mana dia tahu barangkali org spt itu langsung tidak melaksanakan haji. Mana dia tahu barangkali org spt itu telah menerima sbg wakil utk melaksanakan haji dr beberapa org lain tanpa pengetahuannya yg termasuk dlm perkara yg dilarang secara ijmak krn dia hanya mahu menghimpunkan harta.
 
Back
Top
Log in Register