BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Baca Quran dlm ETS

The Room

Super Active Member
gem
Messages
8,706
Top Poster #3
Joined
Feb 18, 2018
Messages
8,706
Reaction score
1,117
Points
156
IMG_1135.jpeg
 
dia kalau buat semata2 nak baca quran memang bodo.. tapi memang nak pergi hatyai ...dalam perjalanan tu nak baca quran bagus.
------------------------------------------------------------------------------
Ke Arah Mana Hala Tuju Madani?
Membaca al-Quran memang sesuatu yang baik. Tiada syak. Entah berapa ramai manusia tanpa perlu pengisytiharan telah membaca al-Quran dalam pelbagai kenderaan dan perjalanan. Ia bukan sesuatu yang baru.
Seseorang ingin membaca al-Quran di mana sahaja asalkan terhormat, tiada masalah. Namun, untuk hal seperti ini dijadikan program menteri sebuah kerajaan 'madani' yang temanya untuk kemajuan fikir dan tindakan yang berimpak untuk rakyat, rasanya tidak perlu. Ia memperlihatkan ketidakmatangan fikiran. Seakan ketandusan idea. Kehilangan arah tuju 'madani' atau seolah-olah tercari-cari apa boleh aku buat lagi, asal boleh jadi berita. Lebih dukacita, jika terpaksa mengeluarkan belanja kerajaan untuk hal yang seperti ini.
Saya mohon mencadangkan agar pengurusan agama di bawah kerajaan Madani merancang sesuatu yang lebih matang agar tidak dipandang sinis khususnya di kalangan non-muslim. Apatahlagi jika berita ini dibaca di peringkat antarabangsa. Banyak pilihan aktiviti yang memberikan impak pemikiran manusia tentang al-Quran dibandingkan projek yang seperti ini. Sebelum ini berita galeri individu yang meninggal kemalangan. Juga saya lihat tidak banyak faedah kepada pembangunan rakyat.
Saya memohon YAB Perdana Menteri meneliti semula perancangan yang dikatakan 'Madani' khususnya yang menggunakan nama agama ini. Jangan sampai ia dianggap ketandusan idea dan kehilangan arah dalam mencari nafas politik. Mohon mencadangkan.
Dalam keadaan kerajaan berhadapan dengan beberapa isu, adalah sesuatu yang baik, jika pengurusan agama membawa idea-idea yang lebih membantu. Pohon mencadangkan.

dr maza
 
Back
Top
Log in Register