BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ayam goreng kunyit RM20 (lauk sahaja) di Langkawi

"Dia sendiri lihat harga dalam menu, masa bayar diam saja, kemudian tularkan"

"Dia sendiri lihat harga dalam menu, masa bayar diam saja, kemudian tularkan"
Harga ayam goreng kunyit RM20 tertera dalam menu di restoran milik Zulfan Bustami di Pantai Chenang, Langkawi. - Foto NSTP/Hamzah Osman
LANGKAWI: Pemilik restoran di Pantai Chenang di sini yang didakwa mengenakan caj RM20 untuk sepiring ayam goreng kunyit mempersoalkan tujuan sebenar pelanggan terbabit menularkan perkara itu.

Zulfan Bustami, 43, berkata ketika mengambil pesanan pelanggan wanita terbabit pekerjanya sudah menunjukkan buku menu dan tertera dengan jelas harga ayam goreng kunyit adalah RM20.

"Dia sendiri lihat harga (makanan) dalam buku menu ketika buat pesanan, masa bayar di kaunter tak cakap apa pun sebelum berlalu pergi, kemudian tularkan di media sosial yang mengundang persepsi negatif, apa motif?

"Saya tiada di restoran ketika kejadian, cuma tahu perkara itu selepas dimaklumkan pekerja mengenai gambar makanan dan resit berjumlah RM24 tular di media sosial," katanya ditemui hari ini.

Zulfan berkata, dia mengesyaki perkara itu tidak ditularkan pelanggan sendiri, sebaliknya oleh orang kedua sama ahli ahli keluarga atau rakannya yang mahir dalam penggunaan media sosial.

"Semakan mendapati pelanggan terbabit datang ke restoran pada Sabtu bersamaan tarikh resit bayaran dan gambar makanan, manakala gambar kedai yang ditularkan itu pula diambil pada keesokannya (Ahad).

"Pelanggan terbabit adalah orang tempatan dan sepatutnya dia sedia maklum harga makanan di sekitar Pantai Chenang tinggi sedikit berbanding kawasan lain, ini disebabkan kadar sewa kedai juga tinggi di kawasan ini," katanya.

Peniaga itu berkata, saiz hidangan ayam goreng kunyit berharga RM20 itu juga sesuai dimakan dua orang kerana menggunakan 160 gram isi ayam, sayur, karot, salad, kacang panjang dan bawang Holland.

"Saya telah berusaha menghubungi pelanggan terbabit menerusi ruangan sembang Facebook secara 'messenger' untuk berbincang, pada masa sama sedia berjumpa dan memohon maaf atas kejadian itu, tapi dia mengelak.

"Kedai saya juga sudah dikunjungi penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk melakukan pemeriksaan dan menyerahkan notis kira-kira 12 tengah hari semalam," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth mengesahkan pihaknya telah melakukan pemeriksaan dan menyerahkan notis kepada peniaga terbabit.

"Satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) telah dikeluarkan kepada pemilik restoran itu bagi mendapatkan maklumat penyediaan kesemua menu yang dipesan pengadu.

"Notis itu dikeluarkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan pemilik diberikan tempoh dua hari bekerja untuk menjawab notis berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Semalam, media melaporkan seorang pelanggan membuat hantaran di Facebook melahirkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan caj RM20 untuk sepinggan hidangan ayam goreng kunyit ketika makan di sebuah restoran di Pantai Chenang, Langkawi.
ko dh tau malu katoq rege

sibuk nk salahkan org yg viral plk

bagus viral & pihak berkuasa amek tindakan - biar jadi pengajran - biar jasa jd kenangan

face it
 
Kene buat mcm kedai makan mamak, tepek gambar hidangan besar2 supaya org nampak banyak mana potion dia. Kalau dalam menu nampak kecik sgt..
 


Sepakat Langkawi atas dasar keprihatinan industri pelancongan Langkawi terpanggil untuk mengulas isu ayam masak kunyit yang didakwa mahal.

Kami berpendapat bahawa pihak yang terbaik untuk menentukan hal demikian adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sepakat Langkawi akan menyokong penuh apa apa laporan pihak KPDNKK demi memastikan kepuasan maksimum pelancong di Langkawi.

Pada masa yang sama, kami ingin tekankan bahawa pelancongan adalah jaringan yang saling berkait antara satu sama lain. Satu satu kes akan mempengaruhi imej keseluruhan Pulau Langkawi. Oleh itu, semua pihak termasuk peniaga dan pemain industri harus memberikan nilai yang terbaik pada produk yang dikeluarkan.

Diharap semoga pelancongan Langkawi terus maju dan keyakinan pelancong dan pelabur pulih kembali. Tiba masa untuk RESET LANGKAWI.

nasib baik xmelawan

melawan kalu - pakat boikot langkawi

tak pii pun xmampuih kowwt
 
Atas tu dia mention portion ayam tu boleh makan dua orang.
Pastu sewa kedai mahal.
tu la nak tau jgk berapa harga sewa kedai dia tu,mahal sampai puluh ribu ke mcm mana sewa sbulan?

tp mmg agak mahal portion tu jual harga rm20 walaupun dlm menu dah mention siap2 harga dia.ayam sekor kat baker cottage baru rm17.sekor kot.
 
Back
Top
Log in Register