BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ayam goreng kunyit RM20 (lauk sahaja) di Langkawi

Punya la berlambak kedai makan sedap2 dan murah kat Langkawi tu, yang hang p makan kat chenang tu pasai apa
 
kalau aku tak yah makan, balik je. report dekat kpdnkk esok lusa kena la tu.
 
Punya la berlambak kedai makan sedap2 dan murah kat Langkawi tu, yang hang p makan kat chenang tu pasai apa
Mungkin dia cari yg dekat dengan hotel kot. Yg murah ni biasanya kat ceruk2. Kalau org tak tau tak jumpa.
 
Harap peniaga di Langkawi bertimbang rasa kerana ianya meninggalkan kesan yang tidak baik kepada peniaga yang lain di Langkawi.

Sebab tu orang Malaysia dah beralih ke selatan Thailand, makanan murah dan hotel pun murah.

FB: Hada Jais, Langkawi Sana Sini



5866.jpeg
5869.jpeg
5872.jpeg
5875.jpeg

oh thats a very normal price as lengkewi is an 'oversea' pulau, jedi remei oreng2 puteh den felencung deteng untukk burgembirrra disena which is why the food price is quite.....err.....eyyhhh....

'herga yeng senget berpatootan' as u locals say

Note - read/say all the above in oreng puteh aka mad-salleh slang lah ekekkekekee
 
oh thats a very normal price as lengkewi is an 'oversea' pulau, jedi remei oreng2 puteh den felencung deteng untukk burgembirrra disena which is why the food price is quite.....err.....eyyhhh....

'herga yeng senget berpatootan' as u locals say

Note - read/say all the above in oreng puteh aka mad-salleh slang lah ekekkekekee
Xnormal la harga tu bnyk ja kedai murah lg kt langkawi
 


Sepakat Langkawi atas dasar keprihatinan industri pelancongan Langkawi terpanggil untuk mengulas isu ayam masak kunyit yang didakwa mahal.

Kami berpendapat bahawa pihak yang terbaik untuk menentukan hal demikian adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sepakat Langkawi akan menyokong penuh apa apa laporan pihak KPDNKK demi memastikan kepuasan maksimum pelancong di Langkawi.

Pada masa yang sama, kami ingin tekankan bahawa pelancongan adalah jaringan yang saling berkait antara satu sama lain. Satu satu kes akan mempengaruhi imej keseluruhan Pulau Langkawi. Oleh itu, semua pihak termasuk peniaga dan pemain industri harus memberikan nilai yang terbaik pada produk yang dikeluarkan.

Diharap semoga pelancongan Langkawi terus maju dan keyakinan pelancong dan pelabur pulih kembali. Tiba masa untuk RESET LANGKAWI.
 

Ayam goreng kunyit RM20: KPDN keluar notis kepada peniaga​

FD_1705330058.jpg


Alor Setar: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sudah mengeluarkan satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) terhadap seorang peniaga makanan yang didakwa menjual ayam goreng kunyit pada harga RM20 sepinggan di premisnya di Pantai Chenang, Langkawi.

Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata notis tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, pada hari ini dan peniaga terbabit perlu mengemukakan maklumat berhubung penyediaan hidangan makanan itu dalam masa dua hari bekerja.

"KPDN mengesan hantaran yang tular di media sosial berkenaan perkara itu yang membabitkan kedai makan di Jalan Pantai Chenang, Langkawi.

"Siasatan sudah dijalankan di premis yang diadu, (pegawai penguatkuasaan) telah berjumpa dengan pemilik premis...pemeriksaan menyeluruh di dalam premis mendapati buku menu disediakan kepada pelanggannya.

"Memang tercatit harga RM20 untuk ayam goreng kunyit...jadi dalam kes ini ada dipaparkan harga, ..tapi kita bagi NPMB dulu tengok pengesahan dia, peniaga perlu menunjukkan nilai atau kos dengan harga makanan itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata pengguna perlu sentiasa menyemak harga dan Akta Pelindungan Pengguna 1999 memberikan hak kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat berhubung sesuatu barangan termasuk hidangan makanan sebelum membuat pesanan.

Sebelum ini, seorang pelanggan membuat hantaran di Facebook melahirkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan caj RM20 untuk sepinggan hidangan ayam goreng kunyit.

Individu terbabit turut memaklumkan,beliau terpaksa membayar RM24 untuk keseluruhan hidangan dipesannya, iaitu sepinggan ayam goreng kunyit (RM20) sepinggan nasi putih berharga RM3 dan air kosong (RM1).

"Patutlah orang luaq (luar) kata Langkawi mahai (mahal), hampa (anda) rasa baloii (berbaloi) kena harga ini? Nasi putih RM3, ayam goreng kunyit seorang makan RM20, air kosong RM1, naya kena RM24," katanya dalam hantaran itu yang tular sejak semalam.

 
Back
Top
Log in Register