BTC USD 60,523.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Ayah sakit, kami tak ada duit'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Adnan (kiri) bersama Zainul ketika ditemui di rumah sewanya di Flat Perdana Paroi, semalam.
< 1 / 1 >
SEREMBAN – “Saya ada buku, tapi saya tak boleh baca sebab tak sekolah,” kata Zainul Ariffin Adnan, 8. Zainul yang tinggal di Flat Perdana Paroi, di sini hidup dalam serba kekurangan bersama bapanya, Adnan Ismail, 56, yang menderita akibat menghidap pelbagai penyakit sejak empat tahun lalu.

Malah, kanak-kanak malang itu juga hanya berpeluang mengikuti pendidikan pra-sekolah kerana bapanya tidak lagi mampu bekerja bagi menyara mereka dua beranak, selain ibunya sudah meninggal dunia sejak empat tahun lalu akibat kanser payudara.

“Saya nak sangat pergi sekolah sebab seronok boleh dapat kawan-kawan. Tapi ayah sakit dan kami tiada duit,” katanya ketika ditemui di rumahnya, dekat sini semalam.

Sementara itu, Adnan berkata, dia sedih mengenangkan masa depan anaknya itu jika berterusan tidak mendapat pendidikan.

Menurutnya, pelbagai usaha sudah dilakukan untuk mendapatkan bantuan, namun semuanya tidak berhasil.

“Saya pernah fikir lebih baik saya hidup gelandangan asalkan saya tidak menyusahkan sesiapa disebabkan kesusahan hidup yang saya tanggung.

“Saya cuma kasihankan Zainul kerana dia tidak pergi sekolah. Dia perlu belajar kerana jika tidak kehidupan dia juga akan susah seperti saya,” katanya.

Menurut Adnan, sebelum ini dia pernah bekerja sebagai jurubahasa di Mahkamah Seremban, namun terpaksa berhenti kerja dan memulakan perniagaan kedai makan secara kecil-kecilan selepas mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham isterinya yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia.

Bagaimanapun, pada 2009, dia terpaksa menjual kedainya itu kerana perlu menggunakan wang untuk menghantar jenazah isterinya pulang ke Indonesia.

“Sejak itu kehidupan saya mula susah serta keadaan kesihatan mula tidak menentu. Sebelum ini pun kami tiada tempat berteduh. Cuma atas ihsan Menteri Besar, kami diberi menyewa di flat ini sejak tujuh bulan lalu.

“Tapi duit sewa sudah tertunggak RM750 dan saya pun tidak tahu mahu membayarnya macam mana,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Abdullah Hanapi ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat dan menyemak status permohonan bantuan Adnan.

“Jika borang permohonan dihantarnya berkemungkinan ada kriteria maklumat tidak lengkap, saya nasihatkan kepadanya agar pergi ke pejabat JKM untuk menyemak permohonannya semula,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/ayah-sakit-kami-tak-ada-duit-1.220499
 
gile ke ape ko ni pengarah...org tua tu kot.....sakit la ngok...anta la pkerje korang usahakan...tolong die...jariah skit...sengal tol pengarah cmni suh org sakit pg jalan....die x der duit...biawak tol
 
nak kene masuk media gak baru yg berkenaan buat keje... da nak masuk tahun 2014 da

Betul tu....dah masuk media barulah nak kecoh.
 
gile ke ape ko ni pengarah...org tua tu kot.....sakit la ngok...anta la pkerje korang usahakan...tolong die...jariah skit...sengal tol pengarah cmni suh org sakit pg jalan....die x der duit...biawak tol

itu la pasal ... persetan kan la protokol bagai tu ... yang susah ditolong dulu. Ingat tuan pengarah ... tak selamanya kita kat atas.
 
nak kene masuk media gak baru yg berkenaan buat keje... da nak masuk tahun 2014 da

Betul tu...dari zaman penjajah sampai sekarang ni...
dah kecoh baru nak bertindak
 
kesian ang pakcik,idup 2 beranak,nasib baik orang prihatin bawa mai wartawan buka cerita,tidak sapa pun xtau..
 
zakat jangan bayar kat pusat zakat, confirm tak sampai asnaf.. biasakan diri bayar zakat terus kepada asnaf.

Isu duit zakat, isu bantuan JKM, isu zaman berzaman.

Ini dok bangga duit zakat saban tahun lebihan berjuta, tapi yang dok melarat hangpa tak amik tahu. Yang melarat, melarat situuu lah.. Yang dok kutip sampah dijadikan makanan, dok kutip sampah situ lah...Abis apa yang hangpa buat? Perbesarkan pusat zakat? pertambah aircond? pertambah prasarana? Apa gila nya semua ini?

Patutnya, bila yang berkemampuan bayar zakat, maka agihkan duit zakat kepada asnaf. Agihkan zakat bukan bermaksud dan memuktamadkan kepada orang yang apply sahaja,, Agihkan juga bermaksud hangpa kena turun padang cari siapa yang layak terima zakat, BUKAN TUNGGU ORANG ISI BORANG SAHAJA UTK KENALPASTI ASNAF!!

http://www.youtube.com/watch?v=jwEid8YNe14


Sbb tu aku nasihatkan, bayar zakat ni, baik terus kepada asnaf. Kalo bagi depa handle benda ni, alamatnya jadi bowdoo semuanya ~
 
-byk sgt birokrasi beb.ramai lagi yg perlukan bantuan.
-sepatutnya JKM turun padang,bukan besar kan perot duk kat opis jer!
 
Back
Top
Log in Register