Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
Awas skim putar alam
KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati terhadap sindiket skim penipuan pelaburan yang berselindung di sebalik nama jualan langsung bagi mengelak daripada ditipu.
Menurut Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) sesebuah syarikat jualan langsung yang sah tidak memerlukan orang ramai melabur sebarang jumlah wang dan menjanjikan pulangan pelaburan kewangan.
Dalam satu kenyataan di sini persatuan itu menegaskan bayaran bonus atau faedah lain yang diperoleh terutama melalui perekrutan atau pengenalan anggota baru ke dalam operasi atau proses rantaian juga tidak wujud di dalam jualan langsung.
“Amalan yang tidak beretika itu lazimnya berselindung di sebalik jualan langsung sedangkan ia sebenarnya skim pelaburan atau skim piramid didorong ketamakan dan ia tidak sah di sisi undang-undang.
“DSAM ingin mengingatkan orang ramai teras utama perniagaan jualan langsung adalah melalui penjualan produk iaitu pengedar menjana pendapatan melalui jualan produk secara peribadi dan kumpulan,” menurut kenyataan itu.
Persatuan itu mengulas laporan akhbar baru-baru ini mengenai 10,000 pelabur kehilangan jutaan ringgit selepas tertipu skim pelaburan syarikat antarabangsa berpangkalan di negara ini.
Syarikat itu menawarkan orang ramai untuk membeli pakej pelaburan berharga antara RM5,300 dan RM7,500 di mana mereka dijanjikan pulangan bulanan RM380 selama 70 bulan dan akan menerima 35 loket untuk dijual kepada pelanggan pada harga RM595 setiap satu.
Menurut DSAM lagi syarikat yang terbabit dalam penipuan pelaburan itu bukan syarikat jualan langsung yang berlesen memandangkan lesen jualan langsung syarikat itu tamat pada 2011 dan tidak diperbaharui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Orang ramai boleh menghubungi DSAM di talian 03-77269232 atau e-melkan pertanyaan ke [email protected] dan maklumat lanjut serta senarai syarikat boleh didapati di www.dsam.org.my, menurut kenyataan itu. - Bernama
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Awasskimputaralam/Article/index_html