BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Awas politik toksik, Anwar pesan pelajar junjung nilai murni

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

Awas politik toksik, Anwar pesan pelajar junjung nilai murni​

3be86c18-8ab0-4c10-92c5-596f79b22085-anwar-ibrahim-fadhlina-sidek-fmt-280826.jpg

PM Anwar Ibrahim dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bersama penuntut IPG Tuanku Bainun di Bukit Mertajam pada acara Temu Anwar hari ini.

Anwar menyifatkan politik sebagai ‘seni tadbir urus’ yang boleh menjadi toksik, menambah bahawa cabaran sebenar adalah untuk melahirkan tokoh berprinsip teguh dan beriltizam mempertahankan nilai-nilai tersebut apabila melangkah ke arena politik.

“Apabila ceburi politik, matlamat utama adalah berkhidmat kepada rakyat. Khidmat itu perlu digalas dengan iltizam bagi membebaskan negara daripada kemelut rasuah dan salah guna kuasa,” katanya pada program Temu Anwar bersama penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun di Bukit Mertajam hari ini.

Beliau berkata, Malaysia dibayangi pelbagai skandal berprofil tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk isu 1MDB serta ketirisan pengurusan Felda dan Tabung Haji baru-baru ini.

“Kita saksikan ramai ahli politik tampil membela skandal-skandal ini dan tunjuk simpati yang berlebihan terhadap perasuah,” katanya.

“Bagaimana kita hendak semai nilai integriti serta penolakan terhadap rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan generasi muda? Situasi ini amat membingungkan dan bagi saya, sama sekali tidak boleh diterima.”

Anwar berkata, negara memerlukan barisan ahli politik yang ‘cerdik, yang ada hati nurani, jiwa untuk berkhidmat dengan ikhlas, dengan ilmu, untuk membela nasib rakyat’.

Pengunduran mereka, katanya, hanya akan membuka ruang kepada golongan korup dan pihak yang mengejar kepentingan peribadi untuk menguasai arena politik.

“Politik boleh jadi suatu kerjaya yang mulia jika kita jadikannya mulia. Namun, ia juga boleh jadi profesion yang kotor dan jelik jika terpengaruh dengan mereka yang secara terang-terangan korup,” katanya.

Pengerusi Pakatan Harapan merangkap presiden PKR itu berkata demikian ketika menjawab soalan seorang pelajar Tingkatan Enam yang meminta nasihat bagi pelajar yang berminat menceburi dunia politik.

Pelajar Tingkatan 6 akan terima elaun

Dalam pada itu, Anwar mengumumkan kerajaan bersetuju menyediakan elaun khas kepada pelajar Tingkatan Enam, yang akan dimasukkan dalam Belanjawan 2027.

Menteri kewangan itu berkata, keputusan tersebut dibuat susulan sesi libat urus bersama pelajar prauniversiti awal hari ini, yang membangkitkan isu ketiadaan elaun bagi penuntut Tingkatan Enam ketika ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah elaun berkenaan, menyatakan bahawa nilainya bergantung kepada kapasiti kewangan kerajaan.
 
Back
Top
Log in Register