balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Pintu pagar besi tidak menjamin keselamatan penduduk.
< 1 / 2 >
JELUTONG - Orang ramai mula risau meninggalkan kediaman mereka terlalu lama gara-gara nota amaran yang ditampal oleh pihak perumahan.
Sumber berkata, nota tersebut meminta supaya orang ramai berjaga-jaga kerana ada pencuri yang mungkin sedang berkeliaran di sekitar perumahan.
Menurutnya, ia bukan sengaja untuk menakutkan sebaliknya sebagai tanda amaran kepada penduduk supaya tidak terlalu berasa selesa.
“Kita perlu berjaga-jaga setiap masa dan perlu ambil tahu siapa jiran kita dan selalulah amalkan sikap mengambil tahu,” katanya.
Penduduk Pangsapuri Sinar Bukit Dumbar, Raisudin Mamat berkata, perumahan yang dikawal ketat dengan sistem kamera tertutup (CCTV) itu jarang berlaku kes pecah rumah.
Menurutnya, tetapi mengejutkan apabila berlaku kes pecah rumah ketika cuti umum baru-baru ini.
“Ia berlaku pada waktu tengah hari bukannya malam,” katanya.
Raisudin berkata, namun anehnya tiada pergerakan mencurigakan dapat dirakam melalui CCTV itu.
“Jadi ada yang mengesyaki ia adalah kerja orang dalam sendiri iaitu penduduk di sini.
“Pertambahan penduduk warga asing juga sekali gus menimbulkan rasa syak wasangka penduduk kerana mereka kerap kali berkumpul dan merayau di segenap tempat keliling rumah,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Chan turut menjadi mangsa.
Menurutnya, dia bernasib baik rumahnya tidak dimasuki pencuri namun hal lain pula yang terjadi.
“Rumah kami semua mempunyai pintu pagar besi di antara kawasan pintu masuk utama dan kawasan itulah menjadi tempat letak kasut.
“Pencuri berkenaan masih kuat semangat kerana walaupun tidak dapat masuk, tapi mereka curi pula kasut kami dengan menarik tempat letak kasut menggunakan kayu penarik,” katanya.
Chan tidak menafikan kejadian berkenaan menakutkan penduduk kerana kes curi jarang berlaku di perumahan berkenaan.