BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Awas, pakej umrah palsu!

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Awas, pakej umrah palsu!
| | 11 Disember 2020
Jumaat | 11 Disember 2020
909509.jpg

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan wujudnya tawaran pakej umrah palsu berikutan Arab Saudi mengumumkan menerima semula jemaah umrah dari seluruh dunia secara berperingkat pada akhir September lalu.- Foto 123RF
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan wujudnya tawaran pakej umrah palsu berikutan Arab Saudi mengumumkan menerima semula jemaah umrah dari seluruh dunia secara berperingkat pada akhir September lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, bagaimanapun berkata, setakat ini PDRM tidak menerima sebarang laporan mengenai kegiatan penipuan pakej umrah sejak pengumuman pada 23 Sepember itu.
“Sebagaimana, kenyataan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), pelaksanaan ibadah umrah masih tidak dibenarkan.
“PDRM memberi jaminan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat akan dilaksanakan sekiranya kes sebegini dilaporkan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Zainuddin turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati jika ditawarkan pakej umrah dalam masa terdekat dengan mendapatkan pengesahan dan pandangan berkaitan pakej yang ditawarkan, termasuk daripada MOTAC dan PDRM sendiri.
Rabu lalu, MOTAC berkata ia sedang menyiasat iklan pakej umrah yang meragukan kerana rakyat Malaysia belum dibenarkan melaksanakan ibadah tersebut selepas tercetus wabak Covid-19.
MOTAC menegaskan syarikat pengendali umrah dilarang mengambil bayaran untuk sebarang pakej umrah, selain menasihatkan orang ramai agar berhati-hati terhadap tawaran meragukan sehingga kerajaan membenarkan ibadat itu dilaksanakan kelak. - Bernama

© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
 
Back
Top
Log in Register