BTC USD 62,127.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AWAS...Kereta Potong

so apa tindakan hang #:-S

anak buah den dpt gak jual murah gile kete tu kt org...detail sy x tau dia yg uruskan...:(. bab nak ambik tindakan kat bengkel yg ngurus kete tu dulu x reti nak buat..mgkn costly jg kut...atau ada cadangan bernas dr eboss:-?
 
sape2 ade pengalaman ttg kereta potong sila la share...blh jd panduan utk semua
 
zaman sekarang ni semua nak mudah, semua nak cepat. masalah terbeli kereta potong ni mungkin akan terus berleluasa jika kesedaran orang ramai masih di tahap rendah. saya sarankan bagi yang nak beli kete second hand tu ambil langkah berjaga2. teliti dahulu kereta yang nak di beli. dapatkan bantuan bengkel2 kereta yang anda kenal/bereputasi baik. jangan berharap sepenuhnya kepada agen/salesman kete
 
kalau x silap saya, kat puspakom setapak ada sebiji kete merc tersadai sbb kete potong. dorang letak situ sbg contoh. so blh la kalau sape2 ade urusan kat puspakom...
 
skg ni byk sgt citer pasal puspakom...especially bab rasuah...payah kalu cam ni
 
keta potong ni biasanya blh dpt dgn harga yg murah dr pasaran..
biasanya sambung bhgn depan / belakang..tp agak2 yg mana lg bahaya, sambung bahagian depan @ belakang..?
 
keta potong ni biasanya blh dpt dgn harga yg murah dr pasaran..
biasanya sambung bhgn depan / belakang..tp agak2 yg mana lg bahaya, sambung bahagian depan @ belakang..?

dua-dua pun bahaya...bukan setakat membahayakan pemandu/penumpangkete potong sendiri tapi juga membahayakan pemandu2 lain serta membahayakan poket anda. sbb bila dah beli nak jual payah/harga merudum gila
 
belek2 saya terjumpa keratan akhbar utusan 1/9/2008 berkenaan sindiket kereta potong. harap memberi sedikit info....

BAHAU 31 Ogos - Awas kereta potong dan sambung!

Itu amaran yang diberikan oleh Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Mohd. Sabri Mohamad kepada orang ramai berikutan terbongkarnya satu sindiket penipuan kereta terpakai yang disambung untuk dijual bagi mendapatkan keuntungan.

Sindiket itu terbongkar selepas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Unit Risikan dan Operasi Rekod (D4), Ops Lejang Bukit Aman yang diketuai Cif Inspektor Md. Azhar Md. Naim dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol menyerbu sebuah premis kereta terpakai di sini, baru-baru ini.

''Hasil pemeriksaan ke atas 25 kenderaan terpakai itu mendapati kesemuanya merupakan kereta potong dan diklasifikasikan sebagai tidak boleh digunakan lagi atau tidak boleh dibaiki langsung,'' katanya kepada pemberita pada sidang media di Balai Polis Rompin baru-baru ini.

Menurut Mohd. Sabri, penipuan yang dibuat oleh anggota sindiket itu dikesan oleh anggota forensik Bukit Aman yang menyertai bersama-sama Ops Lejang di daerah ini dan mendapati mereka menggunakan cara baru untuk mengelirukan pembeli.

Berdasarkan modus operandi sindiket berkenaan, bahagian yang dipotong dan disambung itu melibatkan kawasan bawah cermin depan kiri dan kanan iaitu antara panel hadapan di pintu pemandu dan penumpang.

Mereka juga akan menyambung bahagian lantai pemandu dan penumpang depan serta menyambung casis depan kiri dan kanan sebelum menyimen dan menyembur cat hitam selain anti karat.

Lebih mengejutkan terdapat bahagian penyambungan itu dilakukan dengan kimpalan yang tidak kemas pada bahagian dalam yang tersorok dengan badan kenderaan serta boleh membahayakan pembeli jika berlaku hentakan kuat ketika memandu.

''Kalau sebelum ini, pengguna mudah melihat kesan penyambungan yang dibuat pada bahagian belakang, bumbung dan lantai, tetapi kali ini mereka menggunakan kaedah penyambungan bahagian hadapan melibatkan lantai dan panel depan kenderaan," tegasnya.

Menurut Mohd. Sabri, dengan cara itu, orang ramai tidak akan dapat mengesan kenderaan mereka beli di premis kereta terpakai sebenarnya telah remuk teruk akibat kemalangan dan telah diisytiharkan sebagai 'tidak boleh dipakai'.

''Kita telah menahan seorang pengusaha premis kereta terpakai dan merampas kesemua 25 kereta yang kita telah kenal pasti melakukan penipuan tersebut," katanya.

Antara kereta yang dirampas itu termasuklah jenis Honda, Kia, Toyota Estima, Proton, Myvi, Chevrolet, Kancil, Nissan serta beberapa kenderaan pacuan empat roda.

''Saya menasihatkan orang ramai supaya melabelkan juga bahagian belakang kenderaan masing-masing dengan nombor pengeluaran supaya apabila diperiksa terdapat penyamaan dengan bahagian hadapan kenderaan tersebut.

''Ini merupakan kes pertama yang dilakukan cara penipuan dengan menyambung bahagian hadapan kenderaan terpakai di negara ini dan kita akan terus mengesan saki baki kenderaan itu supaya orang ramai tidak tertipu dan keselamatan mereka terjamin,'' katanya.

Tambah Mohd. Sabri, kereta itu telah dijual pada harga sekitar RM50,000 mengikut jenis kenderaan dan mereka telah mengaut keuntungan ribuan ringgit daripada penipuan tersebut.
 
Back
Top
Log in Register