eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SHAH ALAM: Orang ramai yang berkenalan melalui Internet dinasihatkan berhati-hati dengan sindiket yang cuba memperdaya dengan mengarahkan mereka mendeposit wang untuk menuntut hadiah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata ada berbelas kes membabitkan mereka yang berkenalan menerusi ruangan sembang di Internet didakwa diperdaya oleh kenalan siber mereka kononnya ada ole-ole dikirim melalui pos tetapi tidak dapat disampaikan kepada mereka kerana kiriman itu terkandas di pihak kastam disebabkan cukai belum dibayar.
Menurutnya, sindiket itu kemudian mengarahkan kenalan mereka di Malaysia mendeposit sejumlah wang dan ada yang memberi sehingga RM5,000 bagi menuntut hadiah berkenaan ke dalam akaun tertentu yang sebenarnya milik anggota sindiket yang menyamar sebagai pegawai kastam.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar dan Pameran Pencegahan Jenayah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, semalam.
Sementara itu, Khalid berkata, pihaknya mencari tiga lelaki Afrika berkaitan kes melarikan seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia.
Kanak-kanak itu kemudian ditemui semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, awal pagi semalam, ketika berlegar-legar di luar balai pelepasan dan kini dibawa kepada ibunya yang berumur 30-an.
“Ibu dan anaknya dihantar ke Kedutaan Indonesia bagi diberi bantuan yang diperlukan,” katanya.
Khalid berkata, wanita itu mendakwa dia bersama anaknya ke KLIA untuk bertemu kenalannya, seorang warga Afrika, dan mereka dibawa dengan kereta oleh kenalannya dan dua lagi warga Afrika.
Bagaimanapun, setibanya di Kota Damansara, wanita itu bertengkar dengan kenalannya lalu ditinggalkan di tepi jalan, manakala anaknya serta beg pakaian, komputer riba dan wang tunai AS$900 (RM3,100) serta beberapa ratus ribu rupiah dan sejumlah wang tunai ringgit Malaysia turut dilarikan tiga lelaki Afrika itu pada jam 9 malam kelmarin.
Khalid berkata, pihaknya turut menerima laporan daripada wanita itu yang mendakwa dia kononnya Setiausaha kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, pada jam 1.30 pagi semalam.
Bagaimanapun, siasatan pihaknya dengan Kedutaan Indonesia mendapati dakwaan wanita itu tidak benar.
“Siasatan awal terhadap kanak-kanak itu mendapati dia dibawa ke sebuah apartmen dan diberi permainan ‘Playstation’ sebelum dihantar dengan teksi ke KLIA.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan polis meminta pemandu teksi yang menghantar kanak-kanak itu ke KLIA supaya tampil membantu siasatan,” katanya.
Selepas majlis itu Khalid menghadiri majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.
Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang acara yang diadakan sempena majlis itu serta sumbangan kepada kanak-kanak istimewa.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan dan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah.
Sempena majlis itu, pelbagai juadah seperti lemang dan sate disajikan di gerai mengikut jabatan di IPD terbabit.