BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aura Papa Rock!

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
image%2B(2).jpg

BUKAN calang-calang seniman yang mampu menawan pentas berprestij Istana Budaya (IB) dengan persembahan dan tenaga luar biasa.

Buktinya, penyanyi yang berusia 63 tahun ini baru sahaja melakar sejarah menerusi 'Konsert Hayat...45 Tahun Seniman Ramli Sarip' selama tiga hari berturut-turut di IB, bermula 17 hingga 19 Oktober lalu.

Siapa sangka, penyanyi yang berusia lebih separuh abad ini mampu memberi kejutan demi kejutan buat peminatnya. Malah rata-rata yang hadir terpegun dengan staminanya. Mana tidaknya, Papa Rock masih hebat dan sama seperti mana di zaman kegemilangannya dahulu, bahkan berjaya memukau penonton dengan aura tersendiri.

Tepat jam 9 malam, Datuk Ramli Sarip, yang memakai persalinan hitam membuka tirai dengan lagu Tersendiri sehingga mendapat tepukan gemuruh.

Ibarat dibuai mimpi, nyanyian beliau seolah-olah membawa penonton ke dimensi baharu menyoroti 45 tahun penglibatannya dalam bidang seni bermula zaman bersama Sweet Charity sejak penghujung era 60-an lagi.

Sepanjang tempoh tiga jam persembahan, penonton dihidangkan dengan lagu-lagu malar segar seperti Doa, Batu, Syair Laila Dan Majnun, Temasya Desa Gemalai, Bukan Kerana Nama, Tajam dan Istilah Bercinta.

Kehebatan vokal beliau tidak dapat dinafikan kerana mampu memberikan yang terbaik untuk peminatnya dengan 20 buah lagu.

Menariknya, sepanjang persembahan turut diiringi tiupan saksofon daripada pemuzik, Jari sehingga mengimbau kembali beberapa nostalgia di era kegemilangannya. Malah keindahan muzik serta paduan vokal mantap Ramli membuatkan penonton turut menyanyi bersama dengan menghayati era-era tersebut.

Dalam masa sama, penonton dikejutkan dengan kehadiran Achmad Albar dari Indonesia merupakan penyanyi asal lagu Zakiah.

Tidak melepaskan peluang keemasan itu, Ramli berduet bersama Achmad mendendangkan dua buah lagu termasuk lagu Zakiah.

Selain Achmad, dua penyanyi tanah air iaitu Aris Ariwatan dan Dayang Nurfaizah dijemput sebagai penyanyi undangan konsert itu.

Di akhir persembahan, Ramli mendendangkan lagu popularnya seperti Teratai, Sejuta Wajah, Kamelia dan Doa Buat Kekasih.

Semangatnya nyata tidak pernah luntur dalam memperjuangkan lagu-lagu rock biarpun zaman tersebut telah lama berlalu. Dengan adanya konsert 'Konsert Hayat...45 Tahun Seniman Ramli Sarip' Papa Rock bukan sahaja berjaya mempamerkan kehebatannya, bahkan membawa penonton menggamit kembali zaman kegemilangannya.

Tidak hanya melakukan persembahan, Ramli turut mengadakan galeri lukisan di perkarangan Istana Budaya.

Beliau menjual koleksi peribadinya kepada peminat dan hasil kutipan jualan itu disalurkan kepada badan-badan amal.

http://www.cari.gold/2014/10/aura-papa-rock.html
 
Back
Top
Log in Register