BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Audi RS E-Tron GT - EV Tony Stark Di Malaysia, Harga Bermula RM587,990

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
230616-audi-etron-gt-03-750x375.jpg


PHS Automotive Malaysia (PHSAM) selaku pengedar rasmi kenderaan Audi di Malaysia hari ini telah melancarkan barisan kenderaan EV mereka secara rasmi dalam pasaran kita. Sebanyak empat model telah diumumkan dengan sehingga dua variasi untuk model-model tertentu.

230616-audi-etron-gt-event-01-1024x768.jpg
230616-audi-q8-etron-event-02-1024x768.jpg
230616-audi-q8-etron-sportback-event-01-1024x768.jpg


Empat model yang telah dilancarkan adalah:
  • Audi RS e-tron GT
  • Audi e-tron GT quattro
  • Audi Q8 e-tron
  • Audi Q8 Sportback e-tron
 

Spesifikasi Audi RS e-tron GT & Audi e-tron GT quattro

Audi RS e-tron GT adalah EV paling berkuasa dalam kalangan empat model yang dilancarkan. Ia boleh dikenal pasti melalui lencana RS berlatarbelakangkan rombus merah. RS e-tron GT dan e-tron GT quattro berkongsi rupa fizikal yang sama. Ia pernah muncul dalam filem Avengers: Endgame (2019) yang ketika itu masih pada fasa konsep.

EV ini dibangunkan berasaskan platform J1, platform yang sama diguna pakai oleh Porsche Taycan.

230616-audi-etron-gt-01-1024x536.jpg


Model RS e-tron GT memperagakan konfigurasi motor berkembar yang menghasilkan kuasa pada jumlah 590hp dengan tork setinggi 830Nm. Kombinasi output ini membolehkan ia memecut daripada pegun kepada 100km/j dalam masa cuma 3.9 saat sahaja. Sebagai perbandingan, model bukan RS memecut kepada kelajuan yang sama 4.1s juga menggunakan konfigurasi motor berkembar namun pada kuasa yang lebih rendah iaitu masing-masing pada 469hp dan 630Nm.

230616-audi-etron-gt-rs-02-1024x536.jpg


RS e-tron GT dilapor memiliki jarak kembara sejauh 447km berdasarkan piawaian WLTP. Jarak tersebut dicapai berbekalkan bateri berkapasti 93.4kWh. Apabila perlu dicas, kenderaan ini menyokong pengecasan DC pada kadar sehingga 270kW. Dikatakan yang 5 minit pengecasan memberikan jarak kembara sehingga 100km dan daripada 5% kepada 80% mengambil masa 22.5 minit. Satu lagi perkara yang menarik tentang RS e-tron GT adalah ia turut menyokong pengecasan AC pada kadar 22kW.

230616-audi-etron-gt-06-1024x786.jpg


Model bukan RS mempunyai kapasiti yang sama, sistem pengecasan DC yang sama. Jadi anda boleh jangkakan kelajuan mengecas menggunakan sistem DC yang sama dengan model RS. Walau bagaimanapun, untuk sistem AC, hanya variasi e-tron GT quattro Dynamic Package sahaja menyokong AC 22kW sementara yang bukan Dynamic Package menyokong 11kW.

230616-audi-etron-gt-04-1024x669.jpg


Di dalam kabin, kesemua model-model e-Tron GT berkongsi sistem infotainmen yang hampir sama. Pemandu memandu bertemankan skrin 12.3” beresolusi 720p. Penumpang pula boleh menggunakan sistem inforia dengan skrin sebesar 10.1”. Varian yang lebih mahal pula ada kelebihan daripada segi dilengkapi sistem audio Bang & Olufsen bunyi keliling 3D.
 

Harga Audi RS e-tron GT & Audi e-tron GT quattro​

230616-audi-etron-gt-02-1024x576.jpg


Semua Audi e-tron dilindungi jaminan 2 tahun tanpa had perbatuan. Sistem baterinya pula dilindungi jaminan 8 tahun ataupun 160,000km. Disamping itu, pembeli juga akan terima servis bantuan auto selama 5 tahun. Audi juga ada tawarkan Audi Assurance Package (AAP) yang memanjangkan jaminan kepada tambahan 3 tahun.

230616-audi-etron-gt-dynamic-package-price-1024x576.jpg
230616-audi-etron-gt-price-1024x576.jpg
230616-audi-rs-etron-gt-price-1024x576.jpg


Berikut adalah senarai harga Audi e-tron yang telah dilancarkan:​
  • RS e-tron GT – RM787,990
  • e-tron GT quattro (Dynamic Package) – RM661,990
  • e-tron GT quattro – RM587,990
  • Q8 e-tron Sportback S Line 55 quattro – RM484,990
  • Q8 e-tron Sportback Advance 50 quattro – RM389,990
  • Q8 e-tron S Line 55 quattro – RM474,990
  • Q8 e-tron Advance 50 quattro – RM389,990
 
Compare merc atau BMW, Audi ni handling lebih bagus bagi aku..

Model2 basic pun diaorang ada Quattro (AWD)
 
Back
Top
Log in Register