Sekumpulan warga emas lelaki sedang berjalan. (Gambar: CNA/Calvin Oh)
SINGAPURA: Dalam usaha untuk meningkatkan pekerjaan bagi warga emas di Singapura, 32 pertubuhan akan menguji huraian seperti kerja berdasarkan projek (fractional work), program pelatih (traineeship) dan latihan yang disesuaikan untuk pekerja warga tua dalam masa beberapa bulan akan datang.
Pertubuhan-pertubuhan itu termasuk para majikan seperti Micron Technology, SBS Transit dan Tower Transit, kumpulan perdagangan seperti Persatuan Syarikat-Syarikat Kecil dan Sederhana (ASME) serta agensi-agensi perkhidmatan sosial.
IKLAN
Pertubuhan-pertubuhan ini akan menerima sokongan dana daripada Perikatan bagi Tindakan Baharu Mengenai Memperkasakan Kerjaya Pelbagai Peringkat untuk Pekerja Mapan (Alliance for Action on Empowering Multi-Stage Careers for Mature Workers) sedang mereka membangunkan dan melaksanakan idea mereka.
"Prototaip yang dibangunkan oleh pertubuhan-pertubuhan ini akan memberikan kami pandangan dan huraian praktikal yang berharga. Selagi sesuai, kami berharap dapat berkongsi dan memperluaskannya merentasi pelbagai sektor," kata Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Koh Poh Koon di majlis pelancaran perikatan itu pada Isnin (17 Nov).
Dr Koh, yang merupakan pengerusi bersama kumpulan kerja perikatan tiga pihak mengenai pekerjaan warga emas yang dibentuk awal tahun ini, menarik perhatian kepada perubahan demografi ketara yang sedang dialami oleh Singapura.
Menjelang 2030, satu daripada empat warga Singapura akan berumur 65 tahun ke atas. Jangka hayat juga sudah meningkat, daripada 76.2 tahun kira-kira 30 tahun lalu, kepada 83.5 tahun hari ini.
Beliau menyatakan langkah-langkah pemerintah untuk menyokong pekerja mapan yang ingin terus menyumbang kepada tenaga kerja, seperti menaikkan secara progresif umur persaraan dan umur pengambilan semula bekerja kepada 65 dan 70 tahun menjelang tahun 2030.
IKLAN
"Di luar dasar yang sedia ada secara meluas, kami kini memperkasakan pertubuhan dan pekerja untuk memanfaatkan kelebihan pekerja mapan dan membantu pekerja memenuhi aspirasi kerjaya mereka," kata Dr Koh, sambil menyeru "anjakan minda".
Penduduk Singapura yang menua adalah sebab utama bagi penurunan kadar penyertaan tenaga kerja negara yang stabil.
Tahun lalu, kadar penyertaan tenaga kerja bagi penduduk berumur 15 tahun ke atas adalah 68.2 peratus. Ini merosot daripada 68.6 peratus pada 2023, 70 peratus pada 2022 dan 70.5 peratus pada 2021.
Pengerusi bersama kumpulan kerja itu dan timbalan setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) Desmond Tan berkata gerakan buruh mahu mendapatkan peluang pekerjaan yang fleksibel dan bermaruah kepada pekerja mapan.
Seorang lagi pengerusi bersama dan naib presiden Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) Tan Hwee Bin berkata usaha ini akan membolehkan syarikat-syarikat memperluaskan saluran bakat mereka sambil memenuhi keperluan perniagaan.
IKLAN
PROTOTAIP SEDANG DILANCARKAN
Kesemua 32 pertubuhan itu meliputi industri-industri termasuk penjagaan, perkhidmatan kewangan, perhotelan, pengilangan dan keselamatan.
Pelan mereka merangkumi reka penbentukan semula pekerjaan, model baharu aturan kerja fleksibel, dan perancangan kerjaya serta peningkatan kemahiran yang disesuaikan untuk pekerja warga emas.
Kerja berdasarkan projek adalah antara huraian yang sedang diuji. Ini melibatkan warga emas yang merupakan pakar dalam bidang mereka menawarkan kemahiran khusus secara sambilan, iaitu sebahagian kecil daripada masa pekerja sepenuh masa.
Sebagai contoh, ASME sedang membangunkan model bakat sedemikian untuk membantu syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) mendapatkan karyawan warga emas secara sambilan atau berdasarkan projek.
IKLAN
Ini juga bertujuan untuk membantu SME mengatasi cabaran dalam menarik dan mengekalkan kepimpinan mahir.
Platform penjagaan Homage akan menguji laluan untuk merekrut, melatih dan menempatkan 275 karyawan berumur 40 tahun ke atas sebagai pembantu penjagaan asas dan khusus serta pembantu pengajaran pendidikan khas.
Dari Oktober 2025 hingga September 2026, ia akan melibatkan pembangunan kurikulum berasaskan latihan amali, membentuk semula peranan penjagaan sepenuh masa kepada jawatan berdasarkan projek (fractionalised positions) dan menggalakkan agensi perkhidmatan sosial untuk menggajikan pekerja pertengahan kerjaya.
Program pelatih dan latihan amali (internships) juga antara prototaip yang diuji.
Pengendali dan katerer kargo udara SATS sedang membangunkan latihan amali sambilan untuk karyawan mapan memasuki semula pasaran tenaga kerja.
SBS Transit sedang meneroka program pelatih selama 12 bulan yang mendedahkan calon pertengahan kerjaya kepada peranan kapten bas dan operasi bas sebelum mempertimbangkan mereka untuk jawatan tetap.
Aturan kerja fleksibel yang disasarkan kepada pekerja warga emas juga sedang dibangunkan.
Tower Transit sedang membentuk dasar jadual kerja untuk kapten bas berumur 63 hingga 74 tahun yang memberi mereka keseimbangan syif biasa dan kurang membebankan mereka secara fizikal.
Ia juga sedang membangunkan model "dwi-kejuruanl" untuk kapten bas yang lebih tua untuk bergilir antara memandu dan kerja yang kurang intensif secara fizikal, dan untuk mengambil beban kerja yang lebih ringan seperti memandu sambilan atau menjadi rakan (buddying) kapten bas lain yang sedang membiasakan diri dengan laluan baharu.
Kampong Kapor Community Services menyasarkan program kerja gig (kerja bebas) untuk karyawan perkhidmatan sosial berumur 40 tahun ke atas. Ini akan melibatkan pengambilan semula pekerja sosial dan kaunselor berpengalaman melalui peranan gig, sekali gus menangani kekurangan tenaga kerja pada masa yang sama.
Syarikat berbilang negara seperti pengeluar cip Micron Technology dan HSBC juga merupakan antara peserta.
Micron Technology merancang untuk melibatkan kumpulan seperti penjaga yang kembali bekerja dan pekerja pertengahan kerjaya dan pekerja mapan dalam peranan penasihat melalui program kemasukan semula kerjaya.
Program ini akan menawarkan pendekatan yang bersasar, orientasi berstruktur dan bimbingan untuk pekerja-pekerja ini, serta latihan kepimpinan inklusif untuk pengurus pengambilan pekerja.
HSBC akan berusaha untuk menormalkan mobiliti pertengahan kerjaya dengan menyokong pekerja mapan untuk mencapai pensijilan dalam bidang pilihan mereka yang berbeza-beza, atau beralih kepada peranan yang berbeza.
Aturan kerja fleksibel, program pelatih dirintis untuk sokong warga emas terus bekerja
SINGAPURA: Dalam usaha untuk meningkatkan pekerjaan bagi warga emas di Singapura, 32 pertubuhan akan menguji huraian seperti kerja berdasarkan projek (fractional work), program pelatih (traineeship) dan latihan yang disesuaikan untuk pekerja warga tua dalam masa beberapa bulan akan datang...