BTC USD 62,571.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ATM Beras Pertama Bantu Asnaf

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
15.02.2019 - Kuala Lumpur, Masjid Al-Akram di Kampung Datuk Keramat memperkenalkan mesin menyumbang beras yang pertama di negara ini untuk membantu golongan asnaf di sekitar ibu negara.

Ramai penduduk datang untuk menyaksikan sendiri mesin dinamakan ATM beras itu yang ditempatkan bersebelahan pintu masuk masjid terbabit beberapa hari lalu.

Menurut ahli jemaah masjid itu, ATM berkenaan belum beroperasi secara rasmi dan difahamkan ia akan dilancarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) 2 minggu lagi.

ATM ini satu-satunya yang ada setakat ini. Dengarnya, banyaklah lagi pengurusan masjid sedang berusaha mendapatkannya, kata seorang ahli jemaah kepada FMT hari ini.

Selain mengagihkan beras kepada asnaf, ATM beras itu juga berperanan sebagai tabung sumbangan yang akan digunakan untuk membeli beras diagihkan kepada golongan asnaf.

Sebaik saja ia beroperasi sepenuhnya, golongan asnaf yang layak akan diberikan kad seperti kad mesin juruwang automatik (ATM) yang membolehkan mereka mendapat 2kg beras setiap kali.

Difahamkan, ATM kira-kira 6 kaki tinggi itu berharga lebih RM10,000 dan banyak digunakan di Indonesia.

ATM beras di Masjid Al-Akram itu disumbangkan penderma yang mengimportnya dari negara jiran itu.

Golongan 8 asnaf yang layak ialah orang fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, berhutang, fisabilillah dan ibnu sabil.

Ketika ini, mereka mendapat bantuan berbentuk wang tunai dan barang keperluan harian.

51974374_2341152689449533_2462987049301442560_n.jpg


51902588_2341153386116130_7385647404541804544_n.jpg


Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...di-kl-perkenal-atm-beras-pertama-bantu-asnaf/
 
ATM beras mudahkan penerima, jadi contoh

atmberas_1550850787.jpg

MOHD Ajib (tiga dari kiri) mengisi beras dari ATM beras untuk diagihkan kepada asnaf di Masjid Al Akram Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, malam ini. FOTO Supian Ahmad.






INISIATIF Masjid Al Akram Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur menyediakan mesin pengeluaran beras automatik nyata memberi harapan baru kepada golongan memerlukan.

Bagi penerima, mereka tidak pernah menyangka bantuan itu dipermudahkan lagi dengan mesin berkenaan yang hanya perlu disentuh untuk mendapatkan dua kilogram beras.

Warga emas, Rahimah Adlan, 72, berkata, keadaan kesihatannya membataskan pergerakan untuk ke sana ke mari dan dengan adanya mesin itu, dia tidak perlu bersusah payah lagi.

“Saya berasa amat gembira dan sangat bersyukur atas bantuan diberikan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Mesin ATM Beras yang disempurnakan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail, malam ini.

Dia kini menyara hidupnya dengan bantuan daripada Baitulmal sebanyak RM300 sebulan bagi kehidupannya.

“Saya perlu jimat berbelanja kerana perlu membayar bil api dan air.

“Anak semuanya sudah berkeluarga dan mereka ada komitmen sendiri," katanya.

Selasa lalu, Harian Metro melaporkan inisiatif masjid berkenaan bersama JAWI menyediakan mesin ATM berkenaan untuk kemudahan golongan memerlukan terutama di kariah itu.

Ia mesin pertama seumpamanya di negara ini yang mudah dikendalikan serta mesra pengguna.

Sementara itu, Mohd Ajib berkata, dengan adanya mesin berkenaan, ia secara tidak langsung akan mengimarahkan masjid kerana penerima iaitu anak kariah dipilih berdasarkan kriteria tertentu akan datang ke situ untuk menerima bantuan dan menunaikan solat.

Katanya, bertepatan dengan konsep Masjid RAHMAH iaitu Ramah, Aman, Harmoni, Alami dan Hormat yang diperkenalkan, pihaknya akan membentangkan perkara itu dalam Persidangan Pengerusi-Pengerusi Masjid Wilayah Persekutuan pada 2 hingga 4 Mac ini.

Beliau berkata, inovasi baru itu kemungkinan diperluaskan ke masjid lain di Wilayah Persekutuan.

“Kami mahu memperkukuh hubungan antara masjid dengan jemaah di sesuatu kariah. Sebenarnya masjid mempunyai peranan untuk menjadi pusat sehenti kepada masyarakat dan menawarkan pelbagai kemudahan serta program dan aktiviti bersama masyarakat.

“Saya mahu melihat masjid ini disuburkan dengan pendekatan mesra ahli kariah. Insya-Allah kami akan tampil dengan pengisian lebih bermutu.

“JAWI mengambil pendekatan untuk menguruskan masjid mengikut kerangka Masjid RAHMAH dengan menggunakan pendekatan Maqasid Syariah untuk melahirkan masjid di Wilayah Persekutuan sebagai model terbaik," katanya.








sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/02/426179/atm-beras-mudahkan-penerima-jadi-contoh







.

Derma boleh, ambil beras boleh

19hmpicmesin4_1550542737.jpg


19hmpicmesin2_1550542722.jpg


19hmpicmesin8_1550542704.jpg

ABDUL Karim menunjukkan beras yang keluar dari mesin ATM Beras di Masjid Al Akram Datuk Keramat.





MESIN pengeluaran beras automatik. Itu keunikan perkhidmatan disediakan Masjid Al Akram Kampung Datuk Keramat dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam usaha membantu golongan memerlukan khususnya di kariah itu.

Ia adalah kios pertama seumpamanya di negara ini dengan dua fungsi, mengeluarkan beras dalam kuantiti diperlukan serta tabung derma kepada jemaah yang ingin menyumbang untuk pembelian beras bagi tujuan isian semula.

Pengerusi masjid berkenaan Abdul Karim Mat Asil berkata, ketika ini mesin berkenaan masih di dalam tempoh percubaan dan dilancarkan secara rasmi Jumaat ini oleh Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.

“Penerima yang sudah ditapis pengurusan masjid akan diberikan kad bercip bagi tujuan pengeluaran beras setiap minggu dengan tetapan dua kilogram setiap orang. Mereka hanya perlu sentuh kad dan beras keluar di ruang bawah mesin ini.

“Setakat ini, kita sudah kenal pasti 50 penerima yang layak dan mereka berdaftar dengan masjid. Kita akan keluarkan jadual pengambilan bagi memudahkan mereka dan menjadikan sistem lebih teratur.

“Pengurusan masjid juga meminta kerjasama 30 surau dalam kariah ini menyenaraikan asnaf yang layak dan kita akan susun jadual pengambilan beras ini supaya tidak bertindih. Alhamdulillah, setakat ini semuanya lancar,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mesin pintar berkenaan adalah teknologi dari Indonesia yang sudah digunakan di lebih 100 masjid di negara itu dan terbukti berjaya memudahkan pengurusan bantuan kepada asnaf khususnya mereka yang ingin mendapatkan bekalan beras.

Abdul Karim berkata, selain itu, mesin yang mampu memuatkan 240 kilogram beras pada satu-satu masa itu juga mempunyai slot tabung derma bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan untuk pembelian beras seterusnya.

“Kelebihan mesin ini ialah ia mengikut masa penerima. Mereka hanya datang dan sentuh kad, kemudian boleh bawa balik beras. Kita boleh aturkan sama ada pengeluaran satu kilogram, dua kilogram atau lima kilogram, bergantung kepada kesesuaian yang difikirkan perlu.

“Tidak timbul isu pengeluaran banyak kali kerana setiap penerima sudah dihadkan dan hanya boleh mendapatkan beras ini sekali seminggu. Jika mereka tidak dapat datang pada masa dijadualkan, mereka perlu berurusan dengan pengurusan masjid untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Hadir sama dalam pertemuan itu Pegawai Penyelaras Pusat Zon 4 JAWI, Wan Yusuff Wan Ishak dan Pentadbir Masjid, Mohd Nazri Talib.






sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2019/02/424695/derma-boleh-ambil-beras-boleh-metrotv






.

benda bagus membantu asnaf ...
moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan insan yg menderma nya...
harap jangan dijahanamkan dan disalah guna....
 
ATM(B) a.k.a ATM produk dari Indonesia secara utamanya, memiliki pemasangan di lebih 29 tempat sepanjang Sumatera dan Indonesia, ini pemasangan pertama di luar Indonesia .. iaitu di Malaysia.

Bukan semua pemohon mampu keluarkan beras tapi diberi kad RFID, kepada yang dipilih khas sahaja.

technical-configuration.bmp


Dimensi (cm) : 60 (panjang) , 60 (lebar) , 165 (tinggi)
Konsumsi arus (Amp) : 12 VDC , 3 Amp (skitar max 40 watt)
Tegangan input (Volt) : 220 VAC atau 12 VDC
Kapasitas beras (ltr) : 240
Kapasitas RFID Card : 500 kartu
Berat kosong : sekitar 90 Kg
Tipe perangkat : indoor, tidak perlu ber A/C
Pengambilan beras : jumlah dan frekuensi pengambilan dapat diatur sesuai program pengguna
Kartu pengguna dapat di-aktifkan dan di-non aktifkan serta diprogram secara “remote”
Laporan pengambilan beras dilakukan via jaringan selular/internet
Dilengkapi smart micro controller untuk pengoperasian ATMB

images-cr.jpg


laman asal ATM(B) https://atmberas.net
 
Last edited:
^^ gunakan untuk tujuan yang baik

Klau islam (pure) yg memerintah, semua rakyat bole terima manfaat. Tapi sayangnya, islam sekadar pada nama. Umat islam semakin hari semakin jauh dr islam. Mgkin disebabkan akhir zaman. Yg tinggal hanyalah yg mendapat hidayahNya.
 
Derma boleh, ambil beras boleh

19hmpicmesin4_1550542737.jpg


19hmpicmesin2_1550542722.jpg


19hmpicmesin8_1550542704.jpg

ABDUL Karim menunjukkan beras yang keluar dari mesin ATM Beras di Masjid Al Akram Datuk Keramat.





MESIN pengeluaran beras automatik. Itu keunikan perkhidmatan disediakan Masjid Al Akram Kampung Datuk Keramat dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam usaha membantu golongan memerlukan khususnya di kariah itu.

Ia adalah kios pertama seumpamanya di negara ini dengan dua fungsi, mengeluarkan beras dalam kuantiti diperlukan serta tabung derma kepada jemaah yang ingin menyumbang untuk pembelian beras bagi tujuan isian semula.

Pengerusi masjid berkenaan Abdul Karim Mat Asil berkata, ketika ini mesin berkenaan masih di dalam tempoh percubaan dan dilancarkan secara rasmi Jumaat ini oleh Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.

“Penerima yang sudah ditapis pengurusan masjid akan diberikan kad bercip bagi tujuan pengeluaran beras setiap minggu dengan tetapan dua kilogram setiap orang. Mereka hanya perlu sentuh kad dan beras keluar di ruang bawah mesin ini.

“Setakat ini, kita sudah kenal pasti 50 penerima yang layak dan mereka berdaftar dengan masjid. Kita akan keluarkan jadual pengambilan bagi memudahkan mereka dan menjadikan sistem lebih teratur.

“Pengurusan masjid juga meminta kerjasama 30 surau dalam kariah ini menyenaraikan asnaf yang layak dan kita akan susun jadual pengambilan beras ini supaya tidak bertindih. Alhamdulillah, setakat ini semuanya lancar,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mesin pintar berkenaan adalah teknologi dari Indonesia yang sudah digunakan di lebih 100 masjid di negara itu dan terbukti berjaya memudahkan pengurusan bantuan kepada asnaf khususnya mereka yang ingin mendapatkan bekalan beras.

Abdul Karim berkata, selain itu, mesin yang mampu memuatkan 240 kilogram beras pada satu-satu masa itu juga mempunyai slot tabung derma bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan untuk pembelian beras seterusnya.

“Kelebihan mesin ini ialah ia mengikut masa penerima. Mereka hanya datang dan sentuh kad, kemudian boleh bawa balik beras. Kita boleh aturkan sama ada pengeluaran satu kilogram, dua kilogram atau lima kilogram, bergantung kepada kesesuaian yang difikirkan perlu.

“Tidak timbul isu pengeluaran banyak kali kerana setiap penerima sudah dihadkan dan hanya boleh mendapatkan beras ini sekali seminggu. Jika mereka tidak dapat datang pada masa dijadualkan, mereka perlu berurusan dengan pengurusan masjid untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Hadir sama dalam pertemuan itu Pegawai Penyelaras Pusat Zon 4 JAWI, Wan Yusuff Wan Ishak dan Pentadbir Masjid, Mohd Nazri Talib.






sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2019/02/424695/derma-boleh-ambil-beras-boleh-metrotv






.
 
ATM beras mudahkan penerima, jadi contoh

atmberas_1550850787.jpg

MOHD Ajib (tiga dari kiri) mengisi beras dari ATM beras untuk diagihkan kepada asnaf di Masjid Al Akram Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, malam ini. FOTO Supian Ahmad.






INISIATIF Masjid Al Akram Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur menyediakan mesin pengeluaran beras automatik nyata memberi harapan baru kepada golongan memerlukan.

Bagi penerima, mereka tidak pernah menyangka bantuan itu dipermudahkan lagi dengan mesin berkenaan yang hanya perlu disentuh untuk mendapatkan dua kilogram beras.

Warga emas, Rahimah Adlan, 72, berkata, keadaan kesihatannya membataskan pergerakan untuk ke sana ke mari dan dengan adanya mesin itu, dia tidak perlu bersusah payah lagi.

“Saya berasa amat gembira dan sangat bersyukur atas bantuan diberikan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Mesin ATM Beras yang disempurnakan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail, malam ini.

Dia kini menyara hidupnya dengan bantuan daripada Baitulmal sebanyak RM300 sebulan bagi kehidupannya.

“Saya perlu jimat berbelanja kerana perlu membayar bil api dan air.

“Anak semuanya sudah berkeluarga dan mereka ada komitmen sendiri," katanya.

Selasa lalu, Harian Metro melaporkan inisiatif masjid berkenaan bersama JAWI menyediakan mesin ATM berkenaan untuk kemudahan golongan memerlukan terutama di kariah itu.

Ia mesin pertama seumpamanya di negara ini yang mudah dikendalikan serta mesra pengguna.

Sementara itu, Mohd Ajib berkata, dengan adanya mesin berkenaan, ia secara tidak langsung akan mengimarahkan masjid kerana penerima iaitu anak kariah dipilih berdasarkan kriteria tertentu akan datang ke situ untuk menerima bantuan dan menunaikan solat.

Katanya, bertepatan dengan konsep Masjid RAHMAH iaitu Ramah, Aman, Harmoni, Alami dan Hormat yang diperkenalkan, pihaknya akan membentangkan perkara itu dalam Persidangan Pengerusi-Pengerusi Masjid Wilayah Persekutuan pada 2 hingga 4 Mac ini.

Beliau berkata, inovasi baru itu kemungkinan diperluaskan ke masjid lain di Wilayah Persekutuan.

“Kami mahu memperkukuh hubungan antara masjid dengan jemaah di sesuatu kariah. Sebenarnya masjid mempunyai peranan untuk menjadi pusat sehenti kepada masyarakat dan menawarkan pelbagai kemudahan serta program dan aktiviti bersama masyarakat.

“Saya mahu melihat masjid ini disuburkan dengan pendekatan mesra ahli kariah. Insya-Allah kami akan tampil dengan pengisian lebih bermutu.

“JAWI mengambil pendekatan untuk menguruskan masjid mengikut kerangka Masjid RAHMAH dengan menggunakan pendekatan Maqasid Syariah untuk melahirkan masjid di Wilayah Persekutuan sebagai model terbaik," katanya.








sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/02/426179/atm-beras-mudahkan-penerima-jadi-contoh







.
 
Back
Top
Log in Register