BTC USD 84,029.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Asw2020

klu nak dibandingkan div kwsp ngan asw2020 dan asm1m better pekasam dalam kwsp je sebb div u 2014 pun klu x silap 6.75, rasanya tahun ni mungkin dapat 6.7-6.85%, klu nak untung lagi invest kwsp acc 1 ke ahb(sebb dah ditolak zakat and compound div, 2x setahun) or asb2, (sekadar cadangan)
 
Mana - mana juga instrumen pelaburan itu baik selagi mana ia dipantau oleh pihak berwajib. Dalam kes Malaysia, produk-produk pelaburan di pantau oleh Suruhanjaya Sekuriti. Jadi, jika mana-mana produk yang tidak mendapat kelulusan pihak ini, perlu berhati-hati..

Mana-mana pelaburan yang baik antara lain adalah dapat meminimakan risiko atau sekurang-kurangnya dapat mengekalkan jumlah pelaburan kita.
 
wahiasw.transformed.jpg


KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.30 sen bagi unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2016. Kadar pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM1.146 bilion yang akan dimanfaatkan oleh lebih 878,000 pemegang unit yang melanggan 18.193 bilion unit ASW 2020. Sehingga 24 Ogos 2016, tabung ASW 2020 memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM1.394 bilion dengan keuntungan penjualan saham dalam syarikat menyumbang RM735.83 juta atau 52.8 peratus. ‎Dari jumlah pendapatan kasar juga, pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang keuntungan sebanyak RM451.70 juta atau 32.4 peratus, manakala selebihnya RM206.84 juta (14.8 peratus) diperoleh menerusi pendapatan pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan. Pengagihan pendapatan ASW 2020 diumumkan Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar. Ia adalah majlis pertama Abdul Wahid selepas dilantik sebagai Pengerusi PNB.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/186832
 
Tahun Dividen
2013 6.70
2014 6.60
2015 6.40
2016 6.30

Apa2 pun terbaik dan syukur alhamdullilah
 
Tak boleh ke sekali-sekala buat surprise, bagi 10% ke, 15% ke.
Asyik main angka 6 dah bertahun.
 
ape kes tu aku cek kat maybank skim ni da suspended?
 
Back
Top
Log in Register