BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ASUS Perkenal Sejumlah Siri Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
ASUS Memperkenalkan Sejumlah Siri Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti Untuk Pasaran Tempatan Dengan Harga Mencecah RM9200;

Beberapa hari lalu, NVIDIA telah mengumumkan kehadiran dua model kad grafik baru, iaitu NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti dan juga NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti, iaitu kad grafik kelas premium terbaru yang menggunakan cip pemprosesan grafik Ampere.

ASUS-3080Ti-3070TI-1536x919-1-1030x616-1-950x568.jpeg.webp

Sempena tarikh jualan kad grafik tersebut, ASUS Malaysia mengesahkan bahawa mereka akan membawa masuk lima model kad grafik GeForce RTX 3080 Ti ini. Ini termasuklah: ROG STRIX LC RTX 3080 Ti O12G, ROG STRIX LC RTX 3080 Ti 12G, ROG STRIX RTX 3080 Ti O12G, ROG STRIX RTX 3080 Ti 12G, TUF RTX 3080 Ti O12G Gaming dan TUF RTX 3080 Ti 12G Gaming.

ROG-STRIX-LC-RTX-3080-Ti-950x549.jpeg.webp

Bermula dengan siri ROG STRIX LC RTX 3080 Ti, ia adalah siri kad grafik paling premium dalam siri ini, dimana ia hadir dengan penyejuk cecair terbina yang membolehkan kad grafik ini dilewahjam dan digunakan untuk menggerakkan grafik beresolusi dan berkualiti tinggi sepanjang masa.

ROG-STRIX-RTX-3080-Ti-950x797.jpeg.webp

Bongkah penyejukan kad grafik ini menyentuh terus cip grafik terbina didalamnya, membolehkan cecair penyejuk untuk menyejukkan kad grafik ini secara lebih berkesan lagi. Bahagian radiator kad grafik ini yang bersaiz 240mm juga dilengkapi dua kipas penyejuk 120mm untuk mengalirkan haba secara lebih efisyen, dimana kedua-dua bahagian kad grafik dan radiator hadir dengan lampu RGB untuk membuatkan komputer anda kelihatan lebih cantik lagi.

ROG-STRIX-RTX-3080-Ti-2-950x514.jpeg.webp

Beralih kepada ROG STRIX RTX 3080 Ti O12G dan GeForce RTX 3080 Ti 12G, model ini menggunakan bongkah penyejuk ROG STRIX yang biasa dilihat pada kad-kad grafik lain mereka, hadir dengan tiga kipas penyejuk yang mengalirkan haba daripada bongkah penyejuk logam yang menyentuh terus kepada cip pemprosesan dan cip memori kad grafik ini.

TUF-RTX-3080-Ti-950x595.jpeg.webp

Siri TUF Gaming juga hadir dengan dua model kad grafik siri ini, iaitu TUF RTX 3080 Ti O12G dan TUF RTX 3080 Ti 12G bagi mereka yang mahukan prestasi gaming 4K yang berkuasa, tetapi tidak terlalu menghiraukan rupa dan rekaan kad grafik. Dari segi penyejukan, ia hadir dengan tiga kipas penyejuk dengan rekaan sedikit berbeza berbanding apa yang ditawarkan melalui model ROG STRIX.

Menurut ASUS Malaysia, kesemua kad-kad grafik ini sudah mula ditawarkan hari ini melalui pengedar sah komponen ASUS pada tanda harga berikut:
  • ROG STRIX LC RTX 3080 Ti O12G – RM9200
  • ROG STRIX LC RTX 3080 Ti 12G – RM9130
  • ROG STRIX RTX 3080 Ti O12G – RM8640
  • ROG STRIX RTX 3080 Ti 12G – RM8520
  • TUF RTX 3080 Ti O12G – RM7690
  • TUF RTX 3080 Ti O12G – RM5680
 
Back
Top
Log in Register