BTC USD 84,799.8 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ASTRO oh ASTRO : Fenomena Bola Berbayar

Skycrewz

Fun Poster
Messages
534
Joined
Nov 30, 2009
Messages
534
Reaction score
6
Points
15
Piala Dunia kali ini agak aneh bagi aku. Tak seperti edisi-edisi sebelum ini, siarang langsung piala dunia tahun ni memang ekslusif ditayangkan di ASTRO. Kalau memori aku tak sengal lagi, masa EURO 2008 hari tu ada la jugak tayang semua perlawanan di TV3, 8TV dan TV9. Mediaprima cukup channel untuk tayangkan kesemuanya. Entah kenapa bila Piala Dunia menjelma hak penyiaran televisyen terrestrial diberi kepada RTM yang sememangnya tak berkemampuan. Politik? Mungkin. Cable dalam? Mungkin juga. Apa yang pasti di akhir hari generasi muda dari kalangan tidak berkemampuan jugalah yang menjadi mangsa “exlusive broadcast rights” kepunyaan ASTRO. Tak dapat layan bola dari rumah seperti zaman aku kecik-kecik dulu. Maka tidak anehlah bila aku ke kedai mamak pagi tadi nampak budak-budak sekolah rendah disana. Pukul 2 pagi di kedai mamak! Apa nak jadi? Lepas kes Aminurayid kena tembak lepas balik tengok bola, masih ada mak bapak yang benarkan anak tidak mumayyiz melepak kedai mamak di dinihari? It's the sad case of suam suam kuku. Bila kes dah cool down mak bapak let down their guard dan kembali tak peduli apa anak derang buat luar rumah. Parenting for the new millenium!

Agak kurang sihat budak belasan tahun dibiarkan tengok bola sampai pagi buta. Aku masa umur derang dulu jangan haraplah keluar rumah lepas maghrib. Kalau balik rumah lepas maghrib memang kena tidur atas buaian luar rumah la aku jawabnya. Banyak kali juga aku terpaksa berembun pasal balik rumah lewat. Walaupun bukan salah aku bas dari Singapura kandas di tambak Johor akibat kesesakan lalu lintas. Tapi itulah house rules kedua orang tua aku. Their house ergo their rules. Ke aku yang dah tua kutuk tak boleh menerima yang budak zaman skang boleh keluar rumah sesuka hati regardless of how late (or is it early) it is in the day?

Nak salahkan siapa? Salahkan TV terrestrial kerana tak mampu nak beli hak penyiaran? Salahkan TV berbayar yang ada uwang dan kemudian letakkan bayaran tinggu untuk menikmati The People’s Sport. Kalau di UK hak penyiaran tidak ekslusif kepada SKYSPORTS. Piala Dunia masih boleh dinikmati rakyat kelas pekerja UK dengan menonton BBC dan ITV. Ini bersamaan menonton bola di RTM dan TV3.

“Tapi Obefiend gua tengok PUB penuh je ngan orang tengok bola kat sana. Apa bezanya ngan mamak Malaysia?”

Bezanya yang pergi pub tu semuanya legal age. 18 tahun keatas. Tak ada budak bawah umur tidak mumayyiz tengok bola disana. Itu bezanya. Orang rami ada option nak tengok bola dirumah secara percuma. Di Malaysia limited sangat matches yang ditayangkan di RTM. Bagi aku tagline “penyiar bolasepak rasmi piala dunia” yang diguna pakai oleh RTM adalah tagline lucu. Macam mana orang Malaysia boleh tak kisah dengan fenomenan TV berbayar? Ke kita as a nation are now used to the fact that you have to pay for everything. I call this the TOLL BOOTH mentality. Nak jalan elok? Bayar lah kalau nak pakai. Walhal sepatutnya jalan yang elok adalah hak asasi seorang rakyat. Why pay when it’s suppose to be yours? We are now accepting the fact that even the game for the people by the people can only be truly enjoyed by paying Ananda Krishnan. Huzzah kepada kapitalis.

Apa nak jadi?

Ada orang kata tak luak pun bagi kepada ASTRO. Siaran bolasepak dari penyiar tempatan tak bagus kata derang. Ye ke tak bagus? Aku rasa Shauki Kahar, Jalil Mat Dom dan Zainal Abidin Rauf lebih dalam knowledge bola derang dari Paul Masefield, Abbas Saad dan Tony Cottee. Ke yang bising ini datang dari orang yang CAUCASIOPHILIC dan BROWNOPHOBIC? Tak boleh terima show bola yang menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris selanga Malaysia? Kena ada accent dari Lahndahn dan Mersey. Kurap sangat ke analisis si Zainal Abidin jika dibandingkan dengan analisis Abbas Saad? Honestly speaking aku rasa analisis Abbas dan Tony Cottee semuanya macam sampah. Bukan analisis tapi lebih kepada pointing out the bloody obvious. Macam nak tampar kepala botak si Abbas “aku kaki rasuah” Saad bila dia muncul di TV.

Oh yes. Abbas Saad. Macamana si perasuah bola ini dibenarkan muncul di kaca TV Malaysia selepas penglibatan dia dalam skandal bola 1994 dulu? Kalau korang baca blog aku ,sudah aku tuliskan dalil-dali kenapa si Abbas ini tak sepatutnya diambil sebagai pundit. Macam mana match fixer par excellence macam dia boleh digaji oleh ASTRO?Adakah warga bola ASTRO semuanya buta sejarah? Lupa dosa besar si Abbas kepada bolasepak negara?

I reckon the last bit is the answer. None of you remember his sins so we let it slide. Either that or kerana dia Mat Salleh maka kita assume dia lebih tahu tentang bola dari orang kulit coklat, kuning dan hitam. Bloody hell. Maxis bangga dengan iklan COMITTED TO THE GAME derang. Tunjuk legenda bola Malaysia punya cukup. Sekali bila tengok telecast bola yang ditaja TAK ADA SORANG pun local pundit!

Committed to the game my arse!

sumber - sokernet
 
Salam.. apa nak jadi da???? hari tu kata RTM diberi hak kelantong sahaja da
 
TT..
abbas saad ada ker jadi pundit tuk astro?
yg mana ea?
sama2 ngn sebby singh ker?
sy ingt abbas saad masa final piala malaysia lawan selangor,,
masa tu dia main tuk singapore,,
saya pun masa tu baru darjah 2...
 
Ved rasa berbaloi bayar Astro Beyond untuk layan World Cup in HD
 
dlu xde astro....layan jer tgk bola...

aku xkesah pn...ade tgk..xde diam2 hehehe ok jer tgk kat tv 1 :)):)):)) tv ni pon kdg2 xterlayan...

ade duit lebih...ikut suka ler...hak masing2..gmbr jelas, tp tgk ler time hujan nti..mesti kacau :p:p:p xtau la dh ok kot huhuhu
 
mcm mana bola sepak malaysia nk maju?
budak2 kmpg xleh nk tgk setiap match utk team2 pebret diorang..
so, merosot la ckit minat ttg wc ni...
bg aku, kebykn bintang2 bola sepak seluruh dunia dtgnya dri keluarga2 miskin... :D
 
Salam, maaf tumpang lalu

" Piala Dunia kali ini agak aneh bagi aku. Tak seperti edisi-edisi sebelum ini, siarang langsung piala dunia tahun ni memang ekslusif ditayangkan di ASTRO. Kalau memori aku tak sengal lagi, masa EURO 2008 hari tu ada la jugak tayang semua perlawanan di TV3, 8TV dan TV9. Mediaprima cukup channel untuk tayangkan kesemuanya. Entah kenapa bila Piala Dunia menjelma hak penyiaran televisyen terrestrial diberi kepada RTM yang sememangnya tak berkemampuan. Politik? Mungkin. Cable dalam? Mungkin juga. Apa yang pasti di akhir hari generasi muda dari kalangan tidak berkemampuan jugalah yang menjadi mangsa “exlusive broadcast rights” kepunyaan ASTRO. Tak dapat layan bola dari rumah seperti zaman aku kecik-kecik dulu. Maka tidak anehlah bila aku ke kedai mamak pagi tadi nampak budak-budak sekolah rendah disana. Pukul 2 pagi di kedai mamak! Apa nak jadi? Lepas kes Aminurayid kena tembak lepas balik tengok bola, masih ada mak bapak yang benarkan anak tidak mumayyiz melepak kedai mamak di dinihari? It's the sad case of suam suam kuku. Bila kes dah cool down mak bapak let down their guard dan kembali tak peduli apa anak derang buat luar rumah. Parenting for the new millenium!

p/s yang itu ada rasa kurang tepat sikit kot....
 
Last edited:
RTM penyiar utama kjohanan piala dunia..Penyiar ulangan ada la...
iklan je brsepah..sblum piala dunia mcm2 iklan..:mad::mad:
 
Kisah sbuah negara brnama malaysia yang mana majoriti rkyatnya adlh berbangsa omputih

Entahkan ada orang Astro yang baca entah tidak. Kalau baca pun entahkan ambil peduli. Pembesar-pembesar Astro entahkan ada telo nak panjangkan ke tuan tauke Ananda.

Realitinya, perjuangan orang-orang kecil melawan syarikat kapitalis takkan berjaya. Sang kapitalis yang didokong dengan modal jutaan wang, puluhan laywer, sokongan pak menteri, ah, siapalah si semut kecil seperti saya nak mengubahnya.

Apa boleh buat? bila kita marah, tak habis-habis disuruh bersyukur. Agak-agak kalau betullah rakyat Malaysia yang marahj-marah tu pergi sujud syukur, kita boleh lihat sepanjang jalan asyik sujud syukur.

-ahhh, astro naik harga lagi!-
- bersyukurlah dengan adanya astro dapat kita menonton epl-
Seorang lelaki lantas sujud syukur di tengah bukit bintang.

-aduh, hujan lagi, takde signal!-
-bersyukurlah dengan adanya astro kita dapat menonton bundesliga-
seorang lelaki lantas sujud syukur di tengah hujan.

Sepanjang di Jakarta saya melihat program televisyen percuma, yakni terrestrial tv sarat dengan rancangan Piala Dunia tempatan, di mana hostnya muka sawo matang, makwenya, cun tapi bisa ngomong lokal, punditnya orang-orang terkenal lokal dan half-timenya muka local.

Malaysia?

Kalau tak jemput orang putih atau pun orang Malaysia half-breed mat saleh bukan Malaysia namanya.

Saya nampak mungkin, samada rakyatnya, atau orang-orang atasannya, terkinja-kinja nak nampak maju, tapi salah faham. Mereka sangka - meletak muka mat saleh, itu sudah maju.

Mungkin pembesar-pembesar Astro mengatakan - pundit-pundit Malaysia tak reti berbahasa Inggeris.

Ha, inilah membawa kepada point seterusnya.

Dan mana rancangan Piala Dunia dalam bahasa Melayu? Mengapa tiadanya ulasan pra-perlawanan, ulasan 10 minit sebelum kick-off dalam Bahasa Melayu? Apa saya peduli itu rancangan ESPN. Bukankah pejabatnya di sebelah sini juga?

Kalau saya pelancong Hungari yang tidak punya apa pengetahuan tentang Malaysia baru sampai dan buka program Piala Dunia, saya fikir bahasa kebangsaan Malaysia adalah Bahasa Inggeris dan mungkin saya terfikir Malayan Union sebenarnya memang dah jadi kenyataan.

sebelum zaman tv kabel, Piala Dunia sebenarnya lebih kepada perlambangan sebuah passion (terutamanya lelaki) terhadap bola.

Begitu cantiknya Piala Dunia ini, saya masih ingat imej budak lelaki bertenggek di tepi tingkap di sebuah rumah di kampung saya ketika saya kecil.

Dan saya masih ingat tatkala saya mengikut abah saya membeli mi goreng di mapley naik basikal yang memasang siaran langsung Piala Dunia, bersama rakyat kelas bawahan yang lain.

Saya ingat pakcik hujung kampung saya yang sudah pencen tiap hari cerita game malam tadi di kedai kopi, berdesup-desup walhal rupanya cuma sekangkang kera dan kerapnya rakan saya menampal bocor di atapnya?

Mereka di atas, TIDAK PUNYA WANG UNTUK MELANGGAN TV SATELIT TU!!!

Piala Dunia sebenarnya satu perlambangan temasya rakyat kelas bawahan, seperti saya, seperti rakan saya dan seperti abah saya.

Tapi pada hemat saya, mohon maaf jika terkasar bahasa, Astro merampas nyawa dan jiwa Piala Duna kami dengan menjadikan ia begitu kaya sehingga meminggirkan orang-orang kelas bawahan, seperti saya.

Lantas, sudahlah identiti orang sawo matang seperti saya dirampas dengan muka-muka mat saleh di kaca tv, suara saya dirampas dengan suara-suara berbahasa Inggeris di tv, kini jiwa bolasepak saya turut diperdagangkan.

Semut kecil seperti saya, hanya mampu mengikut, dan mungkin hanyut ditelan arus dan saya tanya pada semua;

Apa yang tinggal untuk jiwa Piala Dunia kita lagi?

-sumber dari sokernet
 
Back
Top
Log in Register