strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
Seoul: Seorang lelaki dipercayai pelarian dari Korea Utara membunuh empat warga China dalam satu rompakan selepas menyeberangi sempadan bagi mendapatkan makanan, lapor media semalam.
Agensi Yonhap melaporkan, lelaki terbabit merupakan anggota tentera Korea Utara dan memasuki China akhir Disember lalu.
Dia dipercayai mencuri wang dan makanan di sebuah rumah sebelum membunuh empat penghuninya.
Kejadian berlaku di bandar Helong.
Akhbar Dong-A Ilbo melaporkan mangsa dipercayai mati ditembak atau dipukul.
Yonhap dan Dong-A Ilbo memetik sumber di sempadan bagi melaporkan kejadian berkenaan.
Suspek kemudian ditangkap pihak berkuasa China.
Semua lelaki Korea Utara diwajibkan menyertai tentera 10 tahun dan kebanyakan kem dipercayai kekurangan makanan. - AFP
http://www.hmetro.com.my/node/21800