soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,243
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,243
- Reaction score
- 4,135
- Points
- 661
UHAMMAD Aseem (gambar kecil) maut di tempat kejadian selepas kereta PROTON Persona dinaiki bersama ibu dan bapa saudaranya terbabas dan merempuh pokok di Jalan Permatang Durian, jam 1 tengah hari tadi. - Foto Amir Irsyad Omar
KEPALA BATAS: Muhammad Aseem Mohd Khalil, 4, terselamat dalam kemalangan yang meragut nyawa bapanya, pada 30 Ogos lalu.
Kemalangan pada hari ulang tahunnya yang keempat itu menyebabkan Muhammad Aseem cedera.
Selepas lapan hari berlalu, kanak-kanak itu sekali lagi terbabit dalam kemalangan dan kali ini, ajal menjemputnya.
Muhammad Aseem maut di tempat kejadian selepas kereta PROTON Persona dinaiki bersama ibu dan bapa saudaranya terbabas dan merempuh pokok di Jalan Permatang Durian, jam 1 tengah hari tadi.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Penaga oleh ibunya bagi mencuci luka akibat kemalangan terdahulu.
Datuk mangsa, Azahari Saffar, 58, berkata kemalangan pada 30 Ogos lalu meragut nyawa menantunya, Mohd Khalil Abdul Roni, 30-an dan menyebabkan cucunya itu cedera.
"Bagaimanapun, cucu saya terbabit dalam kemalangan kali kedua hari ini dan ia meragut nyawanya," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/09/322462/aseem-pergi-juga-akhirnya
Last edited: