BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aseem 'pergi' juga akhirnya.

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661
aseem-maut7sept.jpg.transformed.jpg

UHAMMAD Aseem (gambar kecil) maut di tempat kejadian selepas kereta PROTON Persona dinaiki bersama ibu dan bapa saudaranya terbabas dan merempuh pokok di Jalan Permatang Durian, jam 1 tengah hari tadi. - Foto Amir Irsyad Omar


KEPALA BATAS: Muhammad Aseem Mohd Khalil, 4, terselamat dalam kemalangan yang meragut nyawa bapanya, pada 30 Ogos lalu.

Kemalangan pada hari ulang tahunnya yang keempat itu menyebabkan Muhammad Aseem cedera.

Selepas lapan hari berlalu, kanak-kanak itu sekali lagi terbabit dalam kemalangan dan kali ini, ajal menjemputnya.

Muhammad Aseem maut di tempat kejadian selepas kereta PROTON Persona dinaiki bersama ibu dan bapa saudaranya terbabas dan merempuh pokok di Jalan Permatang Durian, jam 1 tengah hari tadi.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Penaga oleh ibunya bagi mencuci luka akibat kemalangan terdahulu.

Datuk mangsa, Azahari Saffar, 58, berkata kemalangan pada 30 Ogos lalu meragut nyawa menantunya, Mohd Khalil Abdul Roni, 30-an dan menyebabkan cucunya itu cedera.

"Bagaimanapun, cucu saya terbabit dalam kemalangan kali kedua hari ini dan ia meragut nyawanya," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/09/322462/aseem-pergi-juga-akhirnya
 
Last edited:
Innalillah..dah memang ditakdirkan
 
Innalillah... takziah buat keluarga adik ni..
semoga dipermudahkan segala urusan..
 
Sadis.. kesian mak dia.. xtahu lg anak dia dh meninggal..
mak dia sepupu kwn opis merangkap bos lama kt opis den keja skrg..
Beratnya dugaannya.. semoga Pn Ummu tabah.. :(
 
Innalillah... takziah buat ahli keluarganya.

Alfatihah
 
Salam takziah alfatihah utk arwah...
 
Back
Top
Log in Register