BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aseem 'pergi' juga akhirnya.

Si ibu cedera teruk di kepala.. dh sedar.. td ptg buat ct scan.. x bgtahu lg takut emosi x stabil.. xtahu smpai skrg dh bgtahu ke belum sbb dh xde info dr group wsapp..
 
Innalillah... Dugaan besar buat mak dia hilang anak n suami
 
[UPDATE] Perginya selepas seminggu hari lahirnya

kebumi_cropped_1504800178.jpg


JENAZAH Muhammad Aseem Mohamad Khalil, 4, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pekan, Kubang Rotan Kuala Kedah jam 10.30 malam tadi.

Sebelum itu, jenazah kanak-kanak itu disembahyangkan di Masjid Nurul Ihsan Kubang Rotan jam 10.20 malam yang dihadiri lebih 300 orang termasuk ahli keluarga, jiran dan sahabat handai.

Jenazah Muhammad Aseem dikebumikan bersebelahan pusara bapanya, Mohamad Khalil abd Gani, 32, yang meninggal dunia dalam kemalangan pada 30 Ogos lalu.

Dalam kemalangan pertama itu, Mohamad Khalil meninggal dunia di tempat kejadian di Jalan Pinggiran Bertam, Pulau Pinang pada jam 9 malam manakala Muhammad Aseem pula yang mengalami kecederaan.

Bapa saudara Mohamad Aseem, Zamakh Shari Abd Gani, 25, berkata, kali terakhir bertemu arwah iaitu semalam namun tak sangka hari ini dia pergi buat selamanya.

"Semalam saya sempat berbual dengannya (Muhammad Aseem) dan tak sangka hari ni dia meninggal seminggu selepas hari lahirnya, " katanya.

Dalam kejadian tengahari tadi, kemalangan kali kedua yang dialami Muhammad Aseem di Jalan Permatang Durian, Kepala Batas 1 menyebabkan dia terbunuh.

Mangsa maut di tempat kejadian selepas kereta Proton Persona dinaiki bersama ibu dan bapa saudaranya dipercayai terbabas dan merempuh pokok di kanan jalan.

Kejadian berlaku selepas mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Penaga bagi mencuci luka akibat kemalangan pada jam 9 malam 30 Ogos lalu.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/09/261386/update-perginya-selepas-seminggu-hari-lahirnya
 
kebumi_cropped_1504800178.jpg


JENAZAH Muhammad Aseem Mohamad Khalil, 4, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pekan, Kubang Rotan Kuala Kedah jam 10.30 malam tadi.

Sebelum itu, jenazah kanak-kanak itu disembahyangkan di Masjid Nurul Ihsan Kubang Rotan jam 10.20 malam yang dihadiri lebih 300 orang termasuk ahli keluarga, jiran dan sahabat handai.

Jenazah Muhammad Aseem dikebumikan bersebelahan pusara bapanya, Mohamad Khalil abd Gani, 32, yang meninggal dunia dalam kemalangan pada 30 Ogos lalu.

Dalam kemalangan pertama itu, Mohamad Khalil meninggal dunia di tempat kejadian di Jalan Pinggiran Bertam, Pulau Pinang pada jam 9 malam manakala Muhammad Aseem pula yang mengalami kecederaan.

alhamdulillah dah selamat dikebumikan dah
 
kematian kanak-kanak dalam kemalangan sebegini biasanya di sebabkan kerana tidak menggunakan child seat
 
Back
Top
Log in Register