TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,645
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,645
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
NEGARA-NEGARA anggota ASEAN berhasrat menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2030.
BANGKOK – Negara-negara anggota ASEAN dan ahli gabungan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) akan membentuk sebuah jawatankuasa untuk membida hak selaku tuan rumah bersama Piala Dunia 2030.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, cadangan penubuhan jawatankuasa itu diputuskan pada mesyuarat Majlis AFF semalam.
“Jawatankuasa itu akan menjalankan kajian menyeluruh mengenai cadangan supaya ASEAN menjadi tuan rumah acara sukan terbesar itu,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Khas Tidak Rasmi Menteri-Menteri Luar ASEAN mengenai Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS).
Anifah berkata, beliau memberi taklimat kepada rakan sejawatnya pada mesyuarat itu mengenai cadangan tersebut.
Malaysia telah mengemukakan cadangan itu pada Julai tahun lepas.
Anifah berkata, Malaysia dan Sekretariat ASEAN akan menyediakan satu laporan status mengenai cadangan itu kepada pemimpin pada mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN ke-18 di Jakarta, Indonesia, pada 7 dan 8 Mei depan.
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2014 diikuti Rusia pada 2018 dan Qatar pada 2022.
Tuan rumah bagi edisi 2026 belum diputuskan oleh FIFA.
“Sekiranya kita dapat menjadi hos Piala Dunia, maka ia menjadi faktor penyatuan bagi komuniti ASEAN.” – Bernama